Ketua Kampung dan JKKK perlu pro aktif semarak pembangunan

SABAH – Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan Ketua Kampung di Dun Karambunai digesa meningkatkan peranan dalam usaha membantu kerajaan menyemarakkan pembangunan di kawasan itu.

Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan Ketua Kampung di Dun Karambunai digesa meningkatkan peranan dalam usaha membantu kerajaan menyemarakkan pembangunan di kawasan itu.

Pembantu Menteri Pembangunan Sumber dan Teknologi Maklumat, Jainab Ahmad berkata, kerajaan negeri amat memerlukan sokongan dan bantuan JKKK dan Ketua Kampung untuk memacu pembangunan bagi mencapai status negara maju menjelang 2020.

Menurutnya, jawatankuasa itu mampu menjadi penghubung antara kerajaan dan masyarakat luar bandar supaya mereka tidak ketinggalan dalam arus pembangunan negara.

“Sejarah membuktikan kemajuan pembangunan sesebuah kampung dan kawasan luar bandar banyak bergantung kepada kekuatan serta keprihatinan JKKK di sesuatu kawasan.”

“Kementerian yang bertanggungjawab juga bergantung kepada JKKK untuk mengetahui masalah di kawasan di pinggir bandar, luar bandar dan pedalaman kerana ia menjadi nadi penggerak serta penghubung utama antara rakyat di peringkat akar umbi dengan kerajaan,” katanya selepas meninjau pembinaan Dewan Serbaguna Kampung Warisan, Menggatal di sini kelmarin.

See also  Ridge View @ Puchong: Luxury villas amid nature in Puchong

Jainab, yang juga Adun Karam bunai berkata, JKKK dan Ketua Kampung perlu memainkan peranan aktif merancang pembangunan setempat supaya seiring dengan objektif serta manifestasi kerajaan negeri dalam meningkatkan taraf hidup penduduk luar bandar.

“Peranan pemimpin peringkat JKKK merupakan pengantara antara kerajaan negeri dan rakyat dalam melakarkan pembangunan, sekali gus kebajikan penduduk sentiasa terjamin.”

“Pengurusan yang lebih efektif dan dinamik akan memastikan kampung terbabit berdaya saing dan maju seperti di tempat lain,” katanya lagi.

Sehubungan itu, beliau meminta pengurusan tersebut melengkapkan diri dengan pelbagai pengetahuan dan kemahiran khususnya mengenai dasar pembangunan yang dilaksanakan oleh kerajaan.

Katanya, kebolehan ahli JKKK menyampaikan mesej kerajaan negeri kepada rakyat menerusi komunikasi dan pendekatan berhemah merupakan antara acuan kecemerlangan sesebuah kampung.

See also  Ridge View @ Puchong: Luxury villas amid nature in Puchong

“Ketua kampung dan ahli JKKK sentiasa utamakan kejayaan pembangunan setempat dan mengisi kebajikan penduduk yang boleh menjana imej organisasi berkenaan serta memenuhi aspirasi kerajaan.”

“Semangat pemuafakatan yang terjalin menerusi perpaduan di kalangan penduduk dapat menjamin kejayaan misi dan visi program pembangunan kampung terbabit,” katanya, sambil menambah pembinaan dewan itu adalah untuk kegunaan belia-beliawanis beriadah selain mengadakan program kemasyarakatan.

Gary Louis Supi