Perkhidmatan bergerak di kawasan parlimen Sepanggar

Perkhidmatan bergerak parlimen P.171 Sepanggar yang dimulakan pada tahun 1994 masih lagi diteruskan di bawah ahli Parlimen, Datuk Eric Majimbun di pekan Inanam, Menggatal dan Telipok.

Perkhidmatan ini bertujuan memberi peluang kepada rakyat untuk menyuarakan permasalahan penduduk di kawasan mereka.

Selain daripada menerima aduan daripada penduduk, perkhidmatan bergerak ini juga menyediakan pemeriksaan tekanan darah tinggi secara percuma.

Pegawai-pegawai yang member perkhidmatan ini adalah mereka yang terlatih dan mengikuti kursus di Jabatan Kesihatan Pekan Menggatal.

Perkhidmatan ini diadakan sewaktu ‘tamu’ atau ‘pasar’ di setiap pekan di dalam kawasan Sepanggar.