Michael Palmer speaker baru Parlimen Singapura

Michael Palmer speaker baru Parlimen Singapura

Anggota Parlimen kawasan Punggol East, Michael Palmer dilantik sebagai speaker kelapan Parlimen Singapura yang memulakan persidangan semalam.

Anggota Parlimen kawasan Punggol East, Michael Palmer dilantik sebagai speaker kelapan Parlimen Singapura yang memulakan persidangan semalam.

Palmer yang merupakan seorang peguam menggantikan Abdullah Tarmugi yang berundur daripada politik sebelum pilihan raya umum diadakan pada Mei lepas.

Dalam ucapan sulungnya sebagai Speaker Parlimen, Palmer berharap prosiding dewan itu akan berlangsung dalam semangat positif dan percaya anggota parlimen berupaya mematuhi standard tinggi Parlimen.

Palmer mendahului angkat sumpah taat setia diikuti semua anggota parlimen termasuk yang tidak mempunyai kawasan, dimulai Perdana Menteri Lee Hsien Loong dan jemaah menteri.

Parti memerintah Parti Tindakan Rakyat (PAP) mempunyai 81 kerusi dalam parlimen baru itu, sementara Parti Pekerja mempunyai enam.

Tiga kerusiĀ  diperuntukkan bagi anggota parlimen tanpa kawasan yang mana dua diwakili Parti Pekerja dan satu Parti rakyat Singapura.

– Bernama