Projek getah berkelempok di Kanibongan, Pitas kini tanda tanya

Projek getah berkelempok di Kanibongan, Pitas kini tanda tanya

Lembaga Industri Getah Sabah (LIGS) telah membuat beberapa perubahan syarat tanpa pengetahuan penduduk kampung.

Pada 09 Jun 2006, mantan Perdana Menteri , Tun Abdullah Badawi telah melancarkan Projek Tanaman Getah Berkelompok (PPRT) yang melibatkan 13 buah kampung di Pitas.

Objektif projeck ini adalah untuk membangunkan ekonomi penduduk setempat tanpa mengira pangkat dan status dengan syarat penduduk asal mendapat keistimewaan dan diberi keutamaan untuk memiliki tanah melalui projek tersebut.

Projek ini melibatkan 13 buah kampung, iaitu Kg. Naradang, Kg. Timbai Dagang, Kg. Manduring, Kg. Simpang, Kg. Rugading, Kg. Sulakolung, Kg. Kutoyon, Kg. Masin Besar, Kg. Desa Sebarang, Kg. Lihing, Kg. Pantai, Kg. Palapag dan Kg. Golom.

Walaubagaimanapun, baru baru ini Lembaga Industri Getah Sabah (LIGS) telah membuat beberapa perubahan tanpa pengetahuan penduduk kampung.

Antara perubahan yang telah dilakukan adalah penukaran nama dari Tanaman Getah Berkelompok (PPRT) kepada Projek Ladang Getah Komuniti Kanibongan.

Syarat-syarat projek juga telah ditukar, di mana hasil jualan getah akan dibahagikan di antara ahli dan LIGS. Ahli akan mendapat 70% dan LIGS akan mendapat 30% daripada hasil jualan getah.

Selain itu, ahli yang tidak keluar menoreh pula akan disingkirkan daripada lot pemilikan. Pergerakan ahli-ahli juga sering dipantau oleh pihak LIGS.

Menurut Pegawai Perhubungan Parti Progresif Sabah (SAPP), Jae-Ly Medong (kiri), lot-lot getah tidak digerankan secara individu tetapi secara berkelompok melalui Sistem Geran Komuniti. Ini menyebabkan keseluruhan penduduk kampung yang terlibat membantah keputusan kerajaan.

Mereka berharap geran tersebut dibatalkan dan dipindahmilik kepada individu yang terlibat.

Selain daripada itu, penduduk Kg. Mapat, Kg. Taradas, Kg. Limau Manis dan Kg. Boribi melapurkan bahawa mereka berasa amat kecewa dengan kehadiran syarikat seperti Harumas Agro Sdn Bhd, yang dikatakan menerima ribuan hektar tanah. Manakala, mereka masih hidup dalam kesempitan dan tanpa pendapatan yang kukuh.

Wendy Chia