Belanjawan 2012: Baucer buku tidak boleh ditukar untuk wang

Belanjawan 2012: Baucer buku tidak boleh ditukar untuk wang

Baucer buku bernilai RM200 untuk penuntut institusi pengajian tinggi yang dimum dalam Belanjawan 2012 tidak boleh ditukar dengan wang tunai.

Baucer buku bernilai RM200 untuk penuntut institusi pengajian tinggi yang dimum dalam Belanjawan 2012 tidak boleh ditukar dengan wang tunai.

Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Saifuddin Abdullah berkata penuntut mesti menggunakan sepenuhnya pemberian itu untuk pembelian buku dan bahan rujukan.

Beliau berkata langkah itu merupakan sikap prihatin Perdana Menteri Najib Razak kerana sesetengah buku agak mahal dan ia boleh membantu meringankan beban keluarga berpendapatan rendah.

“Ia juga untuk menggalakkan tabiat membaca di kalangan pelajar dan menggalakkan mereka membeli buku luar daripada sukatan pelajaran mereka,” katanya ketika ditemui selepas Konvokesyen Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, semalam.

Najib ketika membentangkan Belanjawan 2012 Jumaat lepas mengumumkan pemberian baucer buku bernilai RM200 kepada semua penuntut warganegara Malaysia di institusi pengajian tinggi awam dan swasta, matrikulasi dan pelajar Tingkatan Enam.

See also  APU student's sustainable washroom design wins award

– Bernama