Piket NUBE: 99 peratus miskin 1 peratus kaya

KUALA LUMPUR – NUBE dan MTUC telah mengadakan piket di Sasana Kijang, Jalan Dato Onn Kuala Lumpur bagi menuntut supaya kekayaan bank dikongsi bersama pekerja-pekerjanya.

Ahli-ahli kesatuan pekerja-pekerja bank Malaysia(NUBE) bersama Kongres Kesatuan sekerja Malaysia(MTUC)  telah mengadakan piket di perkarangan Dewan persidangan Sasana Kijang, Jalan Dato Onn Kuala Lumpur pada pukul 2.00 petang. Lokasi ini menjadi pilihan kerana sedang berlangsungnya Persidangan Bank peringkat ASEAN dari 7hb November 2012 hingga 9hb November 2012.

Seawal 1.30 tengahari lebih kurang 400 ahli kesatuan NUBE telah berkumpul diperkarangan Sasana Kijang dengan pelbagai sepanduk dan banner dengan ungkapan seperti “ Maybank, CIMB, Bank Muamalat cheats poor workers, hentikan penindasan pekerja, 99% meningkat 1% menurun, Maybank Rompak bonus kami dan sebagainya.

J.Solomon,Setiausaha Agung NUBE, menyatakan piket ini adalah tindakan susulan dari beberapa piket yang telah diadakan sepanjang tahun ini apabila pihak pengurusan bank tidak mengendahkan rungutan kesatuan serta terus mengamalkan aktiviti penindasan terhadap pekerja-pekerja bank.

Tambah beliau permasalahan pekerja-pekerja di bank telah pun dimaklumkan kepada Perdana Menteri pada bulan April 2012 malah sehinga kini tiada sebarang maklum balas yang positif.

Perkara ini telah memberi ruang kepada pihak pengurusan bank untuk menindas pekerja-pekerja bank serta  pemimpin-pemimpin kesatuan.

“Kalau sektor perbankan yang memperolehi keuntungan tinggi tidak mahu berkongsi kekayaan dengan pekerja-pekerja lain apatah lagi dengan pekerja dalam sektor lain? Lama-lama akan jadi 99 peratus miskin dan hanya satu peratus kaya, kaya jadi semakin kaya manakala miskin jadi semakin miskin, yang boleh menjurus kepada jurang kaya miskin yang besar” katanya.

Beliau mempersoalkan kenapa bonus prestasi kerja sebulan bagi pekerja-pekerja dinafikan malah bonus untuk CEO sebanyak 18-24 bulan boleh diberikan.

Mohd Khalid Atan, Presiden MTUC pula menegaskan tindakan pihak pengurusan yang terus tidak mematuhi klausa-klausa yang terkandung dalam perjanjian bersama kesatuan serta menindas ahli-ahli kesatuan adalah amat tidak patut dan melanggar hak asasi pekerja.

Turut hadir untuk memberi sokongan ialah ahli parlimen Batu, Kuala Lumpur, Tian Chua.

Ikuti rakaman video oleh: KS Tan

https://cj.my/post/79244/bank-employees-picket-outside-asean-banking-conference-in-kl/

 

 

 

Rajeswari