Bantahan penduduk Kea Farm terhadap projek Aranda Nova

CAMEROON HIGHLANDS – Projek Aranda Nova di Kea Farm, satu projek pembangunan hotel, apartmen dan lot kedai yang akan melibatkan pembesaran jalan utama oleh pemaju Signature Landmark Property Sdn Bhd akan memberi kesan langsung kepada gerai-gerai disepanjang jalan utama.

Penduduk Kea Farm telah keluar memprotes projek Aranda Nova  serta menyerahkan surat bantahan kepada Menteri Besar Pahang(MBP) kerana permintaan mereka tiada jawapan dari pihak berkuasa tempatan sehingga hari ini.

Projek Aranda Nova di Kea Farm, Cameron Highlands adalah satu projek pembangunan hotel, apartmen dan lot kedai yang akan melibatkan pembesaran jalan utama oleh pemaju Signature Landmark Property Sdn Bhd  yang akan memberi kesan langsung kepada gerai-gerai disepanjang jalan utama ini.

Pembesaran jalanraya utama dari 50 kaki kepada 66 kaki merupakan salah satu syarat supaya projek Signature Landmark diluluskan katanya.

Beliau kesal  kerana projek yang melibatkan pembesaran jalanraya ini telah diluluskan oleh kerajaan Pahang tanpa berbincang dengan mana-mana pihak gerai. Pembesaran jalan ini akan menyebabkan lebih kurang 28 gerai akan dirobohkan.

See also  IJM Land unveils Sutera, a tranquil oasis at Seremban 2

Kesemua pemilik gerai telah diberitahu untuk berpindah ke tempat baru oleh Pegawai Daerah Cameron, di dalam satu mesyuarat yang telah diadakan pada 2hb November 2012.

Tuntutan pemilik gerai ialah sebuah gerai baru yang sesuai untuk meneruskan perniagaan mereka serta menghentikan pengusiran paksa. Lokasi yang ditawarkan kini amat tidak sesuai untuk meneruskan perniagaan, jelas Suresh dalam kenyataan khabar.

Rajeswari