MPK raikan pengamal media, NGO dan individu

MPK raikan pengamal media, NGO dan individu

Ianya bertujuan menghargai mereka yang telah memberikan pelbagai sumbangan kepada masyarakat Klang dan PBT tersebut, ujar Pemangku Yang Dipertuanya, Mohd Ikhsan.

Seramai 63 orang terdiri daripada pengamal media, NGO, persatuan, syarikat perniagaan dan individu menerima penghargaan di majlis Anugerah Prihatin Majlis Perbandaran Klang (MPK) 2011 diadakan di salah sebuah hotel terkemuka di Bukit Tinggi.

Pemangku Yang Dipertuanya, Mohd Ikhsan Mukri berkata, majlis julung kali diadakan itu bertujuan menghargai mereka yang telah memberikan pelbagai sumbangan kepada masyarakat Klang dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dalam usaha merealisasikan masyarakat harmoni, sejahtera dan perbandaran mampan.

Menurutnya, peranan media sebagai ejen penyalur maklumat mengenai usaha, program dan aktiviti terkini PBT merupakan satu kerjasama yang positif.

” Selain daripada penyaluran maklumat, media juga berperanan sebagai tempat masyarakat meluahkan masalah setempat untuk diselesaikan pihak berkaitan.

See also  HWUM students start charity football match for Fugees School

“Kita akui, melalui media juga kita dapat mengetahui isu setempat yang dibangkitkan penduduk untuk diselesaikan, langkah ini membolehkan usaha mewujudkan kawasan sejahtera menjadi mudah,” katanya ketika berucap di majlis tersebut, semalam.

Majlis dirasmikan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Hadir sama, Exco Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan, Ronnie Liu Tian Khiew dan Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Modal Insan, Dr Halimah Ali.

Sasar status bandar raya Klang 2015

Mengulas lanjut, Mohd Ikhsan berkata, majlis kini sedang berusaha untuk merealisasikan sasaran menjadikan daerah Klang sebagai sebuah bandar raya menjelang 2015.

Menurutnya, dalam usaha merealisasikan hasrat tersebut, PBT itu diberi tanggungjawab untuk mengawal masalah sampah, mengekalkan kebersihan serta mencantikkan persekitaran kawasan daerah itu.

See also  FOMEMA supports vulnerable communities during Ramadan

“ Sehubungan itu, sokongan dan kerjasama semua pihak dalam menggerakkan pelbagai aktiviti dan pelaksanaan amat diperlukan,” katanya.

Tambahnya, sehingga kini, MPK sudah melaksanakan gerak kerja dengan menanam hampir 1,000 pokok Janda Merana di sepanjang pantai kawasan tadbir MPK.

“Usaha itu turut diperkuat dengan penyelenggaraan landskap di sepanjang Sungai Klang dalam masa terdekat,” ujarnya.