Rehda harap tiada perubahan besar hartanah dalam Belanjawan 2012

Rehda harap tiada perubahan besar hartanah dalam Belanjawan 2012

Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (REHDA) berharap kerajaan tidak akan melaksanakan sebarang perubahan sistematik yang besar untuk sektor hartanah dalam Belanjawan 2012.

Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (REHDA) berharap kerajaan tidak akan melaksanakan sebarang perubahan sistematik yang besar untuk sektor hartanah dalam Belanjawan 2012.

Sementara mengalu-alukan sistem yang ada pada masa ini, presidennya, Micheal K.C.Yam berkata perubahan yang kerap dalam segmen percukaian dan pembelian hartanah akan menjejaskan pelaburan dalam hartanah oleh kedua-dua
pelabur tempatan dan asing.

Beliau berkata sebarang perubahan akan mendalamkan lagi persepsi negatif undang-undang Malaysia oleh orang asing, malah, di kalangan pelabur tempatan yang sistem sentiasa berubah-ubah.

“Jika sistem sentiasa berubah-ubah setiap kali belanjawan dibentangkan, maka, tahap keyakinan seseorang itu untuk melabur dalam hartanah tempatan juga akan menjadi amat rendah.

See also  Ridge View @ Puchong: Luxury villas amid nature in Puchong

“Kemampanan dan keseragaman cukai hartanah, serta pasaran yang mesra persekitaran amat penting untuk Malaysia bersaing di peringkat antarabangsa,” kata Yam selepas perasmian forum “Penyelesaian Hijau untuk Pembangunan Hartanah 2011” di sini hari ini.

Ia dirasmikan oleh Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Chor Chee Hueng.

Beliau menambah yang hasil daripada sistem yang tidak konsisten telah menyaksikan hanya empat peratus isi rumah di Malaysia dimiliki oleh orang asing.

Beliau berkata yang sistem semasa adalah baik dalam memastikan kecekapan pasaran hartanah tempatan di kalangan negara-negara jiran.

“Bagaimanapun, peserta segmen hartanah mesti diberikan masa untuk menyesuaikan diri dengan sistem perundangan tertentu.

“Kebiasaannya, apabila peserta telah bersedia untuk mengguna pakai sistem baharu, masa itulah ia mahu dipertingkatkan dan ditambah baik, sekali gus, menjadikan ia sukar untuk pemaju hartanah mengamalkannya,” tambah beliau.

See also  Ridge View @ Puchong: Luxury villas amid nature in Puchong

Sementara itu, Yam berkata REHDA berharap kerajaan akan menyemak semula syarat skim perumahan kos rendah dan menimbang semula melepaskan unit hartanah Bumiputera yang tidak terjual.

“Ini akan membolehkan segmen hartanah Malaysia menjadi pasaran yangdigerakkan oleh permintaan,” kata beliau.

– Bernama