Pelajar cemerlang SPM 2010 terima geran academik RM32 juta

Pelajar cemerlang SPM 2010 terima geran academik RM32 juta

Seramai 600 pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2010 hari ini menerima Geran Akademik 1Malaysia Development Berhad (1MDB) berjumlah kira-kira RM32 juta bagi tempoh empat tahun.

Seramai 600 pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2010 hari ini menerima Geran Akademik 1Malaysia Development Berhad (1MDB) berjumlah kira-kira RM32 juta bagi tempoh empat tahun.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata pemberian geran tersebut buat kali kedua pada tahun ini merupakan bantuan kewangan kepada pelajar yang cemerlang dalam SPM tahun lalu untuk melanjutkan pengajian di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) dalam negara di peringkat Ijazah Pertama.

Katanya mereka adalah daripada keluarga yang berpendapatan rendah yang terdiri daripada 300 pelajar Bumiputera, 150 pelajar Cina dan 150 pelajar India.

“Majlis ini adalah satu daripada beberapa perkara yang dilakukan oleh kerajaan untuk membantu rakyat dalam usaha untuk mengurangkan bebanan dari segi kos kehidupan mereka,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan surat
tawaran geran tersebut kepada pelajar berkenaan di sini hari ini.

See also  Xsolla Curine Academy and UM join forces in digital innovation

Turut hadir Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Abu Bakar Abdullah, Pengerusi Lembaga Pengarah 1MDB Che Lodin Wok Kamarudin, Menteri di Jabatan Perdana Menteri G. Palanivel dan Menteri Sumber Manusia Datuk Dr S. Subramaniam.

Kadar bantuan tahunan yang diberikan pada tahun ini ialah sebanyak RM8,000 bagi Kursus Kritikal dan RM7,500 bagi Kursus Bukan Kritikal kepada pelajar yang mengikuti pengajian di IPTA.

Manakala, kadar bantuan tahunan bagi Kursus Kritikal di IPTS adalah sebanyak RM16,000 dan Kursus Bukan Kritikal sebanyak RM10,000.

Tahun lalu, seramai 300 pelajar cemerlang SPM tahun 2009 telah menerima geran berkenaan yang membabitkan peruntukan antara RM7,500 dan RM15,000 setiap tahun bagi sepanjang tempoh pengajian peringkat Ijazah Pertama.

See also  ICAEW bridges the gap: Boosting Bumiputera accountants

Pemberian geran akademik tersebut merupakan idea Perdana Menteri Najib Abdul Razak yang bertujuan mewujudkan peluang kepada generasi muda untuk menerokai dan membangunkan potensi diri mereka.

Mengenai pengambilalihan tanah untuk Projek MRT Lembah Klang Jajaran Sungai Buloh-Kajang di Jalan Sultan dan Jalan Bukit Bintang, Nazri berkata beliau akan mengadakan pertemuan dengan Ketua Pegawai Eksekutif MRT Co dan Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat Prasarana Sdn Bhd pada Isnin depan.

Proses pengambialihan tanah di Jalan Sultan bagi projek berkenaan mendapat bantahan daripada pemilik hartanah, ahli sejarah dan aktivis seni budaya kaum Cina berikutan ia akan menjejaskan bangunan warisan sejarah yang berusia lebih
100 tahun di situ.

– Bernama