Nube Piket: Alliance Bank promosi jawatan palsu

KUALA LUMPUR – Ahli NUBE dan MTUC telah mengadakan piket di ibu pejabat Bank Alliance Berhad Kuala Lumpur bagi menuntut hak kesatuan dan pekerjanya [VIDEO]

Ahli ahli NUBE telah mengadakan piket di perkarangan ibu pejabat Bank Alliance Berhad Jalan Munshi Abdullah Kuala Lumpur pada pukul 5.00petang.

Piket yang berlangsung selama dua jam ini mendapat sokongan dari ahli-ahli Kongress Kesatuan Sekerja serta kesatuan gabungannya. Pelbagai sepanduk dan banner

telah direntangkan oleh ahli-ahli seperti “stop union busting, untung ratusan juta tapi ruang solat tiada, bank Singapore hina Islam, dan sebagainya.

Di samping itu  ahli-ahli turut menyanyikan lagu-lagu kesatuan bersama permainan kompang yang turut telah memberi peluang pekada orang yang lalu lalang di kawasan tersebut

menyaksikan persembahan ini.

Mengikut J Soloman, dua isu utama yang menjadi pertikaian untuk mengadakan piket ini iaitu, keengganan pihak Alliance Bank Berhad membekalkan bilik solat kepada pekerja-pekerja Islam

dan mempromosikan pekerja-pekerja kerani kepada jawatan eksekutif yang sekaligus menafikan hak mereka menyertai kesatuan(NUBE).

 

Mengikut J.Soloman, Setiausaha NUBE “ ini adalah promosi palsu, di mana pekerja kerani sengaja di beri pangkat eksekutif tetapi bidang tugasan adalah sama iaitu kerani.” Tambah beliau,

walaupun gaji mereka dinaikkan sedikit namun itu hanyalah untuk membolehkan pekerja-pekerja ini menerima jawatan tersebut.

Setiausaha Agung MTUC Abdul Halim Mansor menyatakan tindakan bank ini adalah tidak munasabah dan pihak  bank harus berunding dengan pihak kesatuan sebelum sesuatu tindakan

diambil serta menghormati isu-isu berkaitan keagamaan pekerja-pekerjanya.

Pekerja-pekerja ini sentiasa diugut oleh pihak bank untuk menerima jawatan eksekutif dan sekiranya mereka menolak mereka akan dipindahkan ke cawangan(negeri) lain, kata A Karuna, Pembantu setiausaha NUBE.

“CEO bank Alliance Berhad yang beasal dari Singapure itu sepatutnya menghormati hak pekerja-pekerja di Malaysia dan bukannya bertindak mengikut sesuka hati , ulas Mohd Khalid Atan, Presiden MTUC.

VIDEO

NUBE Piket: “Alliance Bank promosi jawatan palsu”

Rajeswari