Dr Mahathir kunjungi Presiden Vietnam

Bekas Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad hari ini melakukan kunjungan hormat ke atas Presiden Vietnam Truong Tan Sang dan isteri, Mai Thi Hanh yang sedang dalam lawatan rasmi ke negara ini.

Turut hadir pada perjumpaan kira-kira 30 minit itu ialah Timbalan Perdana Menteri Vietnam Nyugen Thien Nahn dan Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho dan Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha, yang merupakan menteri pengiring Sang.

Sang, yang dilantik sebagai Presiden Vietnam pada Julai lepas, tiba di Kuala Lumpur Rabu lepas untuk melakukan lawatan tiga hari sebagai membalas kunjungan negara oleh Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah pada Mac 2009.

Beliau dijadual pulang ke negaranya tengah hari ini dari Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.

– Bernama