Presiden Vietman lawat Perbadanan Putrajaya

Presiden Vietman lawat Perbadanan Putrajaya

Presiden Vietnam Truong Tan Sang yang dalam lawatan rasmi tiga hari ke Malaysia sejak Rabu, melawat Perbadanan Putrajaya (PPj) hari ini.

Presiden Vietnam Truong Tan Sang yang dalam lawatan rasmi tiga hari ke Malaysia sejak Rabu, melawat Perbadanan Putrajaya (PPj) hari ini.

Beliau yang ditemani isteri Mai Thi Hanh tiba di PPj kira-kira 10 pagi diiringi Duta Vietnam ke Malaysia Nguyen Hong Thao dan Menteri Pengangkutan Kong Cho Ha selaku menteri pengiring serta delegasi.

Beliau kemudian mendengar taklimat daripada Pengarah Perancangan Bandar PPj Omairi Hashim mengenai perancangan dan pembangunan Putrajaya sebagai pusat pentadbiran kerajaan persekutuan selain menyertai sesi soal jawab.

Ketua negara Vietnam itu yang meluangkan masa hampir sejam di sini turut bertukar-tukar cenderamata dengan PPj, selain menandatangani buku pelawat.

Beliau dijadual mengadakan pertemuan dengan bekas Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad di ibu negara sebelum berlepas pulang lewat tengah hari ini.

– Bernama