Najib: Semua sekolah diberi layanan serupa

Najib: Semua sekolah diberi layanan serupa

Perdana Menteri Najib Razak semalam menegaskan bahawa kerajaan persekutuan di bawah kepimpinan beliau memberi layanan serupa kepada semua aliran sekolah di Malaysia tanpa diskriminasi.

Perdana Menteri Najib Razak semalam menegaskan bahawa kerajaan persekutuan di bawah kepimpinan beliau memberi layanan serupa kepada semua aliran sekolah di Malaysia tanpa diskriminasi.

Beliau berkata kerajaan akan terus menyokong dan membantu institusi pendidikan awam serta swasta di Malaysia.

“Izinkan saya menegaskan semula bahawa kerajaan saya adalah kerajaan rakyat dan kami memberi layanan yang sama kepada semua aliran sekolah di Malaysia tanpa diskriminasi,” katanya dalam ucapan perasmian majlis ‘Anugerah Pencapaian Emas’ Kolej Han Chiangi semalam.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Rais Yatim.

Najib berkata perpaduan dalam kalangan seluruh rakyat Malaysia akan membantu negara mengharungi krisis ekonomi dunia dan menjadi contoh yang baik kepada negara lain di dunia.

See also  Taylor's Uni shines in QS World University Rankings

“Saya percaya jika kita dapat bekerjasama tanpa sebarang diskriminasi kaum, kita akan dapat bergerak ke arah sebuah masyarakat yang adil dan menjadi negara maju pada 2020,” katanya.

Bagaimanapun, Najib berkata institusi pendidikan juga boleh menggandakan usaha untuk menggalakkan keharmonian kaum ke arah menjadikan Malaysia sebuah negara yang lebih baik.

“Saya sentiasa mendukung pendidikan yang liberal. Sebagai contoh, pada 1983, semasa saya menjadi Menteri Pelajaran, saya meluluskan penubuhan kampus baru Sekolah Tinggi Foon Yew di Kulai, Johor.

“Hari ini, Sekolah Tinggi Foon Yew merupakan sekolah Cina terbesar di Malaysia dengan hampir 10,000 pelajar,” katanya, sambil menambah Kolej Han Chiang diwujudkan setahun kemudian iaitu pada 1999.

See also  APU welcomes Fulbright Scholar Dr. Kelly McKenna

Beliau berkata penubuhan Sekolah Tinggi Foon Yew di selatan dan Kolej Han Chiang di utara membuktikan bahawa kerajaan bersikap terbuka dan menyokong pendidikan Cina di Malaysia sejajar dengan dasar pendidikan demokratiknya.

“Saya ingin mengucapkan tahniah kepada Kolej Han Chiang terhadap usaha dan pencapaian cemerlangnya dalam mendidik dan mengasuh bakat bagi negara ini sejak sepuluh tahun lepas, terutama sekali dalam memupuk kalangan pengamal media,” katanya.

– Bernama