Isu Perumahan: JERIT serah memo kepada SUHAKAM

Isu Perumahan: JERIT serah memo kepada SUHAKAM

Kira-kira 20 masyarakat ladang, peneroka bandar, penghuni rumah flat dan penghuni rumah panjang mengadakan protes aman di hadapan Kompleks membeli belah Maju Junction Mall, pagi tadi.

Kira-kira 20 masyarakat ladang, peneroka bandar, penghuni rumah flat dan penghuni rumah panjang mengadakan protes aman di hadapan Kompleks membeli belah Maju Junction Mall, pagi tadi.

Mereka dilihat mula berkumpul jam 11 pagi itu turut membawa sepanduk dan kain rentang tertera ‘jangan usir peneroka bandar’, ‘hari habitat sedunia rumah untuk semua’ dan ‘rumah hak rakyat’.

Kumpulan itu diwakili oleh jurucakap Jaringan Rakyat Tertindas (JERIT), R Thevarajan menyerahkan memorandum ‘Hari Habitat Sedunia 2011’ perumahan untuk semua” kepada Pesuruhjaya SUHAKAM, Muhammad Sha`ani Abdullah di luar bangunan kompleks tersebut.

Dalam memorandum itu, R Thevarajan berkata, pihaknya mengesyorkan supaya SUHAKAM menjalankan kajian susulan dan terperinci berhubung isu perumahan di negara melibatkan golongan berpendapatan rendah.

Menurutnya, antara perkara yang perlu diberi perhatian segera adalah isu perumahan ladang Bukit Jalil di mana tanah harus diberikan kepada penduduk yang merupakan bekas pekerja ladang.

See also  Malaysia ranks 4th globally in skyscraper count

“Skim perumahan sendiri Tun Razak 1970 harus dijadikan sebagai polisi perumahan untuk menjamin hak perumahan pekerja ladang dilindungi.

“Bagi penyelenggaran di flat, kerajaan harus mengambilalih penyelenggaran untuk memastikan keadaan selesa dan selamat didiami,” katanya.

Menyentuh krisis ekonomi, pihak bank harus membekukan bayaran sehingga keadaan pulih, ujarnya.

Contohi skim perumahan HDB diamalkan negara Singapura

Sementara itu, Pesuruhjaya SUHAKAM Muhammad Sha`ani Abdullah berkata salah satu aspek untuk mengurangkan sara hidup adalah perumahan.

Malah, beliau berharap dalam pembentangan bajet akan datang,  kerajaan dapat merumuskan satu bentuk rancangan jangka panjang pengurusan perumahan awam ad-hock sering dilepaskan kepada pihak swasta.

“Kerajaan perlu mewujudkan satu bentuk pengurusan perumahan awam supaya kemudahan disediakan terus mendapat penjagaan flat munasabah.

See also  Forest City gets boost with PM visit and future plans

“Kalau tiada sebarang rancangan penjagaan, dikhuatiri flat itu tidak dijaga,” katanya pada sidang media selepas menerima memorandum tersebut.

Mengulas lanjut, Muhammad Sah`ani berkata pihaknya akan menyarankan kepada kerajaan supaya memberi perhatian kepada penyediaan kemudahan perumahan awam sempurna dan mudah dimiliki.

Menurutnya, kerajaan perlu mencontohi skim di negara Singapura (HDB) sebuah badan pengurusan perumahan awam mempunyai kuasa dan dana mencukupi untuk menyelenggara perumahan awam.

Diminta mengulas tindakan SUHAKAM selanjutnya, pihaknya akan mengajukan semula perkara ini kepada kerajaan.

“Cadangan ini telah lama disyorkan dan dilaporkan (kerajaan) sejak 2003 berkenaan hak perumahan, kita akan ajukan semula cadangan baru kepada kerajaan,” katanya.