Waytha: Masyarakat India tidak boleh dipermainkan lagi

KUALA LUMPUR – Sempena ulang tahun kelima Hindraf, P Waythamoorthy menekankan bahawa masyarakat India sudah muak dan tidak akan membenarkan mereka dipermainkan lagi pada pilihanraya akan datang. [VIDEO]

Sempena ulang tahun kelima Hindraf, P Waythamoorthy menekankan bahawa masyarakat India sudah muak dan tidak akan membenarkan mereka dipermainkan lagi pada pilihanraya akan datang.

Beliau juga telah menerangkan cara bagaimana taraf hidup 1.5 juta masyarakat India boleh ditingkatkan melalui “blue print” yang dirangka oleh Hindraf.

Lanjutan daripada perangkaan “blue print” tersebut, beliau menegaskan bahawa masyarakat India hanya akan mengundi mereka yang telah menerima dan berjanji untuk mereliasasikannya selepas mengambil alih Kerajaan Persekutuan.

Malah hampir seratus peratus hadirin majlis tersebut dengan sebulat suara menyatakan bahawa mereka tidak akan menyokong parti Barisan Nasional dan Dato’ Seri Najib Razak.

Ini adalah urutan daripada sikap Kerajaan Persekutuan yang telah mengabaikan tanggungjawab mereka dan tidak mengendahkan masalah kewarganegaraan masyarakat India.

Beliau juga turut mengecam perobohan kuil-kuil Hindu dan keadaan sekolah Tamil yang telah diabaikan dibawah Kerajaan Persekutuan yang dipimpin oleh Umno.

 

 

 

Shanmugam Govindasamy