Digi, My Evolution lancar perkhidmatan MVNO M2M

Digi, My Evolution lancar perkhidmatan MVNO M2M

DiGi Telecommunications Sdn Bhd telah berganding bahu dengan MY Evolution Sdn Bhd untuk melancarkan perkhidmatan pengendali rangkaian virtual/maya mudah alih (MVNO) mesin-ke-mesin (M2M) pertama Malaysia.

Di bawah niaga janji itu, MY Evolution akan memanfaatkan infrastruktur DiGi untuk menyediakan perkhidmatan komunikasi M2M akhir-ke-akhir.

Ketua strategi dan transformasi perniagaan DiGi, Christian Thrane berkata kerjasama itu tepat pada masanya terutamanya dengan desakan sektor kerajaan dan swasta untuk merancakkan permintaan dan pertumbuhan dalam pasaran domestik M2M.

“Perniagaan M2M dirangsang oleh pasaran di mana MY Evolution sebagai MVNO boleh melengkapkan strategi DiGi dengan menawarkan rumusan industri,” kata beliau pada majlis pelancaran di sini hari ini dengan pengarah urusan MY
Evolution, Philippe Buriot.

See also  Silentmode and Titan Cloud partner to optimize fuel retail operations

Buriot berkata Asia akan menyumbang secara signifikan kepada pengembangan M2M dalam tempoh beberapa tahun ini.

“Pendapatan Asia-Pasifik akan meningkat daripada RM2.2 bilion hari ini kepada RM7.6 bilion dalam tahun 2015, dengan kadar pertumbuhan tahunan terkompaun 27 peratus,” kata beliau.

Sementara itu, kaji selidik Frost and Sullivan Inc menunjukkan yang pasaran komunikasi M2M global diramalkan mengalami pertumbuhan rancak dalam tahun-tahun mendatang, dengan 31 peratus disumbang oleh rantau Asia.

Kajian menunjukkan yang saling hubung M2M di Asia Pasifik dijangka mencecah 116.6 juta menjelang 2015 daripada 202.8 juta tahun lepas.

Selain China dan India, pasaran Malaysia dijangka berkembang pesat berbanding liputan di Asia Pasifik.

See also  Silentmode and Titan Cloud partner to optimize fuel retail operations

– Bernama