SMK Belaga terpilih laksana program pertama vokasional asas

SMK Belaga terpilih laksana program pertama vokasional asas

SMK Belaga di Kapit terpilih sebagai sekolah pertama di Sarawak melaksanakan program vokasional asas untuk pelajar tahun satu hingga tiga.

SMK Belaga di Kapit terpilih sebagai sekolah pertama di Sarawak melaksanakan program vokasional asas untuk pelajar tahun satu hingga tiga.

Program percubaan ini, di bawah inisiatif vokasional dan transformasi pendidikan teknikal kerajaan, akan dilaksanakan di 15 sekolah di seluruh negara menjelang 2013.

Menurut Menteri di Pejabat Ketua Menteri Sarawak, Fatimah Abdullah, kerajaan mensasarkan 25 peratus daripada pelajar itu mengambil kursus vokasional dan teknikal menjelang 2015 demi menjana pembangunannya seterusnya.

Bagi SMK Belaga, ia akan memulakan kursus elektrikal asas tahun depan, kata beliau ketika merasmikan penutupan Sayembara Bicara Berirama bagi sekolah menengah hari ini.

Sejumlah 12 sekolah dari seluruh negeri mengambil bahagian dalam acara itu anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka dalam usahanya menggalakkan penggunaan bahasa kebangsaan yang betul.

See also  CTOS and AirAsia Academy join forces to empower SMEs

Fatimah menyifatkan keputusan memilih SMK Belaga, yang dekat dengan Bakun dan Empangan Haidro Murum, sebagai amat relevan.

Belaga adalah juga kawasan Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak (SCORE).

Fatimah berkata SCORE dijangka mewujudkan 1.5 juta pekerjaan menjelang 2030, 534,210 darinya bersifat teknikal.

– Bernama