Misi Safee Sali terajui Selangor jinakkan Singapura

Misi Safee Sali terajui Selangor jinakkan Singapura

Selepas tiga tahun berputih mata, mampukah penyerang kebangsaan Safee Sali dan pasukan pilihan Selangor menjinakkan Singapura dalam persaingan merebut Piala Sultan Selangor edisi ke-10.

Selepas tiga tahun berputih mata, mampukah penyerang kebangsaan Safee Sali dan pasukan pilihan Selangor menjinakkan Singapura dalam persaingan merebut Piala Sultan Selangor edisi ke-10.

Teka teki mengenai keputusan sama ada pasukan ‘Red Giant’ atau ‘Kota Singa’ bakal memenangi perlawanan tersebut akan diketahui 1 Oktober ini.

Presiden kelab sukan dan kebudayaan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Ismathinoon Abdul Rahman berkata kejohanan berprestij itu mempertemukan dua musuh tradisi utama pasukan pilihan Selangor dan pasukan pilihan Singapura.

Menurutnya, penonton akan disajikan dengan perlawanan sepak mula pembukaan antara pasukan veteran Selangor dan veteran Singapura pada jam 8 malam.

“ Acara kemuncak kejohanan bermula tepat jam 9 malam dengan menyaksikan pertembungan hebat antara pilihan Selangor dan pilihan Singapura bagi merebut piala berprestij itu,” katanya kepada Komunitikini.

Beliau ditemui di majlis penyerahan 4,000 tiket percuma untuk kakitangan pihak berkuasa tempatan di ibu pejabat MBPJ, petang tadi.

See also  Kuching set to host inaugural international pickleball tournament

Kali terakhir Selangor menjuarai kejohanan itu pada 2008.

Edisi ke-10 Piala Sultan Selangor kali ini turut diadakan sempena meraikan ulang tahun ke-10 pemerintahan Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Mengulas lanjut kejohanan itu, Ismathinoon berkata, penonton akan dihiburkan dengan persembahan daripada penyanyi terkemuka Amy Search, pertunjukan bunga api dan payung terjun.

“Saya berharap penyokong Malaysia amnya dan Red Giant khususnya tidak melepas peluang menyaksikan perlawanan di mana tiket perlawanan dijual dengan harga RM10 sahaja,” katanya.

Tiket-tiket akan mula dijual Isnin ini dengan harga RM10 di Hotel Quality Shah Alam, Hotel Quality City Centre Kuala Lumpur, Hotel Concorde Shah Alam, Hard Rock Cafe Kuala Lumpur, Pusat membeli-belah SACC dan Stadium Shah Alam.

See also  'Road to GM' initiative launched to cultivate Malaysia's first chess Grandmaster