Lima warga Nigeria diberkas bersama 5.9kg syabu

Lima warga Nigeria diberkas bersama 5.9kg syabu

Polis Selangor merampas syabu seberat 5.9 kg dianggarkan bernilai RM1.5 juta dan memberkas tiga lelaki dan dua wanita warga Nigeria dalam tiga tangkapan berasingan dari 17 hingga 23 Sept lepas.

Polis Selangor merampas syabu seberat 5.9 kg dianggarkan bernilai RM1.5 juta dan memberkas tiga lelaki dan dua wanita warga Nigeria dalam tiga tangkapan berasingan dari 17 hingga 23 Sept lepas.

Timbalan Ketua Polis Selangor A.Thaiveegan memberitahu sidang akhbar di sini hari ini, seorang daripada wanita Nigeria itu, berusia 29 tahun, ditahan di KLIA pada 17 Sept lepas, dan daripadanya, polis menemui syabu dianggarkan seberat tiga kilogram bernilai RM750,000 yang disorok dalam 600 penutup pengilat bibir yang dibawa wanita itu yang pertama kali datang ke Malaysia dengan penerbangan dari Doha, Qatar.

Beliau berkata polis juga menahan tiga lelaki warga Nigeria yang disyaki mengedar syabu seberat 995 gm dianggarkan bernilai RM250,000 di sebuah hotel di Subang Jaya pada 21 Sept lepas.

Ketiga-tiga lelaki Nigeria berumur antara 24 dan 29 tahun merupakan pelajar kolej swasta tempatan, katanya.

Pada Jumaat lepas polis menahan seorang lagi wanita warga Nigeria berusia 23 tahun di KLIA yang juga tiba dengan penerbangan dari Doha.

Sejumlah dua kilogram syabu dianggar bernilai RM500,000 disorok di bahagian bawah beg pakaian yang dibawa oleh wanita itu yang merupakan seorang penuntut kolej swasta tempatan, katanya.

– Bernama