TIMSS 2011: Ranking Malaysia dalam Matematik dan Sains merosot

PULAU PINANG – Ranking Malaysia dalam pembelajaran Matematik telah jatuh pada kedudukan 26 pada tahun 2011 daripada kedudukan 20 pada tahun 2007.

Baru baru ini pada bulan Mac 2012, Timbalan Perdana Menteri Malaysia yang juga Menteri Pendidikan Tan Sri Muhyiddin Yasin , telah mengumumkan bahawa tahap kualiti pendidikan negara berada pada tahap yang lebih baik daripada Amerika Syarikat, United Kingdom dan juga Jerman berdasarkan maklumat daripada statistik World Economic Forum (WEF) Global Competitiveness Report’s.

Maklumat yang diperolehi dari WEF yang amat bersifat elektif itu telah ditolak dengan statistik terbaru daripada Trends in International Math and Science Study atau TIMMSS 2011 yang menunjukkan purata skor Matematik telah jatuh dari 474 mata pada tahun 2007 kepada 440 pada tahun 2011.

Manakala skor purata mata pelajaran Sains pula telah jatuh merudum pada skala yang lebih besar lagi iaitu dari 471 mata pada tahun 2007 kepada 426 mata pada tahun lepas.

Di dalam laporan tersebut, ranking Malaysia dalam pembelajaran Matematik juga telah jatuh pada kedudukan 26 pada tahun 2011 daripada kedudukan 20 pada tahun 2007.

Ranking dalam pembelajaran Sains juga telah merudum jatuh daripada kedudukan di ranking 21 pada tahun 2007 kepada ranking 32 pada tahun 2011.

See also  Taylor's Uni shines in QS World University Rankings

Di dalam laporan itu juga jelas menunjukkan bahawa Amerika Syarikat dan United Kingdom masing masing di dalam pembelajaran Matematik dan Sains berada kedudukan yang baik iaitu 9 dan 10 pada purata skor yang memberangsangkan. Manakala Jerman tidak terdapat dalam kajian laporan tersebut.

Malaysia juga di laporankan dalam kajian tersebut telah menjadi satu satunya negara dari 6 negara yang diambil dari sampel 42 buah negara yang menyertai kajian tersebut yang memperlihatkan kejatuhan ketara kedua dua skor dan kedudukan dalam pembelajaran Matematik dan Sains .

Manakala kebanyakan negara lain telah menunjukkan peningkatan skor pada kedudukan masing masing ataupun masih mengekalkan kualiti mereka pada tahap sebelum ini.

Menurut Ketua Menteri Pulau Pinang kejatuhan dalam piawaian Matematik dan Sains telah mencerminkan bagaimana ibu bapa di kalangan masyarakat kelas pertengahan di kawasan bandar memilih sekolah-sekolah persendirian untuk anak mereka.

Yang ketinggalan adalah anak-anak kepada ibu bapa yang tidak berkemampuan untuk mendaftarkan anak anak mereka di sekolah sekolah persendirian di negara ini.

Jelas menurut laporan TIMMSS 2011 ini telah mendapati bahawa sistem pendidikan negara ini tidak menepati dengan apa yang telah diwar warkan oleh Tan Sri Muhyiddin Yasin.

See also  Xsolla Curine Academy and UM join forces in digital innovation

Menurut Lim Guan Eng lagi , Malaysia sebagai sebuah negara yang sedang berusaha untuk menjadi negara yang berpendapatan tinggi yang berasaskan asas pengetahuan negara membangun haruslah mengatasi segala kepincangan yang ada dalam sistem pelajaran negara kita ini dari peringkat awal lagi secara bersama dalam memastikan kita dapat memacu terus ke arah ekonomi negara maju dan berdaya saing.

Keputusan di dalam laporan kajian TIMMSS 2011 juga telah mengesahkan bahawa kajian PISA pada tahun 2009 yang lalu bahawa pelajar negara kita yang berumur 15 tahun di kalangan pelajar antarabangsa yang lain berada 3 tahun ke belakang mengikut purata antarabangsa.

Ketua Menteri Pulau Pinang itu juga menyeru supaya Tan Sri Muhyiddin Yasin memberi satu penjelasan berhubung dengan keseriusan dan kejatuhan dalam laporan TIMMS 2011 yang tidak dapat diterima ini dan berharap beliau dapat menarik kembali kenyataan sebelum ini yang menyatakan bahawa sistem pendidikan kita adalah lebih baik dari United Kingdom , Amerika Syarikat dan juga Jerman.

Avatar photo

Imran Hilmy

is born and raised in Penang Island and throughout of his younger days has a knack of lyrics and poem writings.Loves to read on history, politics and religions. He believes that he has a role in making this world a better place through his capacity as a Citizen Journalist in CJ.MY.