Bahasa Isyarat tumpuan Hari Orang Kurang Upaya JB

JOHOR BAHRU – Majlis sambutan Hari OKU peringkat negeri Johor yang diresmikan oleh Dr Robia Kosai di Hotel Zon Regency. [VIDEO]

Majlis Sambutan Hari OKU Peringkat Negeri Johor Tahun 2012 dengan tema “Karisma OKU: Persekitaran Bebas Halangan Menjana Kesejahteraan OKU” diadakan pada 29hb Nov 2012 di Hotel Zon Regency, Johor Bahru.

Salah satu daripada objektif majlis ini adalah untuk memberi kesedaran di kalangan orang ramai bahawa OKU juga adalah sebahagian daripada anggota masyarakat dan mempunyai hak yang sama serta berkeupayaan dalam membangunkan negara.

Majlis dirasmikan oleh pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga, Kebajikan Masyarakat dan Kesihatan Negeri Johor Dr Robia Kosai.

Siti Hanim M Zulkepli, seorang penterjemah bahasa isyarat, telah menterjemahkan setiap ucapan kedalam bahasa isyarat kepada para hadirin.

Siti Hanim Mohd Zulkepli, seorang penterjemah bahasa isyarat
Dr Robia Kosai, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga, Kesihatan dan Komuniti Negeri Johor.
Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Johor, Puan Khatijah Abdullah.
Penerima-penerima anugerah.
Upacara Perasmian Majlis
Acara tarian dari Muar
See also  “Ramadhan Rays of Care” initiative brightens spirits at National Cancer Institute
Avatar photo

Lee-Jean Fung

Lee-Jean is a citizen journalist, who actively promotes laughter as the best medicine. She lives in Johor Bahru.