Tiada krompomi terhadap pengusaha kafe siber haram

Tiada krompomi terhadap pengusaha kafe siber haram

Majlis Perbandaran Klang (MPK) sentiasa meningkatkan kerjasama dengan pihak berkuasa lain termasuk Polis Di Raja Malaysia (PDRM) dalam usaha membanteras aktiviti kafe siber haram menjalankan kegiatan perjudian khususnya di kawasan ini.

Majlis Perbandaran Klang (MPK) sentiasa meningkatkan kerjasama dengan pihak berkuasa lain termasuk Polis Di Raja Malaysia (PDRM) dalam usaha membanteras aktiviti kafe siber haram menjalankan kegiatan perjudian khususnya di kawasan ini.

Pemangku Yang Di Pertua MPK, Ikhsan Mukri berkata pihaknya sentiasa meningkatkan pemeriksaan dan pemantauan serta penyitaan terhadap mana-mana pihak yang ingkar dalam mematuhi peraturan yang ditetapkan.

Menurutnya, beberapa lokasi tumpuan antaranya Bukit Tinggi, Bandar Baru Klang dan Pandamaran sentiasa dipantau bagi memastikan tiada kafe siber haram beroperasi seterusnya memberi ancaman kepada generasi muda hari ini.

“Operasi bersama melibatkan polis sentiasa diadakan dan kita menyambut baik komitmen yang sentiasa diberikan PDRM dalam usaha menggempur kafe siber hara.

“Malah tindakan penguatkuasaan juga diambil mengikut bidang tugas masing-masing dan ternyata ia member hasil yang agak positif dalam membanteras melibatkan kafe siber haram ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar semalam meminta pihak berkuasa tempatan (PBT) supaya mengkaji dengan teliti permohonan untuk membuka kafe siber dan seumpamanya bagi memastikan ia tidak disalah guna untuk kegiatan perjudian haram.

Mengulas lanjut, Ikhsan berkata pihaknya juga mengalu-alukan aduan dan cadangan daripada masyarakat setempat dalam usaha membanteras gejala tidak bermoral itu di kawasan masing-masing.

Beliau menjelaskan pihaknya tidak pernah berkompromi dengan pihak berkenaan terutama pengusaha kafe siber haram dan setakat ini tiada permohonan baru diluluskan untuk beroperasi di situ.

“Hanya 42 pusat kafe siber diluluskan permit beroperasi di daerah Klang,” ujarnya.