Mayat seorang lelaki ditemui di Sungai Melaka

Mayat seorang lelaki ditemui di Sungai Melaka

Mayat seorang lelaki ditemui di Sungai Melaka berhampiran jambatan Kampung Morten, hari ini.

Mayat seorang lelaki ditemui di Sungai Melaka berhampiran jambatan Kampung Morten, hari ini.

Mayat See Fee Lin, 44, dari Bukit Baru ditemui sepasukan anggota skuba dari Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Kubu, pada pukul 12.45 tengah hari ini.

“Lelaki itu dikatakan terjatuh ke dalam sungai itu. Mayat lelaki itu dihantar ke Hospital Melaka untuk bedah siasat,” kata Ketua Polis Daerah Melaka Tengah ACP Salehhudin Abd Rahman ketika dihubungi.

Pegawai Bomba Kanan Razali Che Ari ketika ditemui pemberita di tempat kejadian, berkata seramai 10 anggota bomba bomba dan penyelamat terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat.

Operasi mencari dan menyelamat itu menghadapi kesukaran kerana terdapat cerucuk, konkrit dan sampah di dasar sungai itu, katanya.

– Bernama