Perkeso Sabah akan lancar “Ops Kesan”

Perkeso Sabah akan lancar “Ops Kesan”

Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) negeri Sabah akan melancarkan “Ops Kesan” secara besar-besaran dalam masa yang terdekat bagi mengesan majikan yang belum menunaikan tanggungjawab mendaftar pekerja mereka, kata pengarahnya Mariam Hassan.

“Kita akan berusaha sedaya upaya untuk mengesan majikan mencarumkan pekerjanya di Perkeso,” katanya kepada pemberita selepas menyampaian cek kepada dua penerima faedah hilang upaya kekal, di sini hari ini.

Beliau berkata sehingga hari ini sebanyak 9,163 majikan telah mendaftarkan pekerja mereka di Perkeso.

“Dalam ops kesan pada awal tahun ini, Perkeso telah melakukan 175 serbuan, yang menyaksikan 18 majikan dikenakan kompaun,” katanya.

Mariam berharap para majikan dapat mendaftarkan pekerja mereka secara sukarela sebelum pihaknya mengambil tindakan terhadap mereka.

Mengenai pembayaran pampasan kepada pencarum, Mariam berkata dari Januari hingga hari ini, seramai 968 pencarum perkeso menerima faedah berjumlah RM1.6 juta yang kebanyakannya terlibat dalam kemalangan semasa dalam perjalanan pergi dan balik dari tempat kerja.

– Bernama