Jabatan Peguam Negara anjur seminar keberkesanan Akta Hasutan 1948

Jabatan Peguam Negara anjur seminar keberkesanan Akta Hasutan 1948

Kenyataan: Orang ramai termasuk penulis blog berpeluang mengemukakan pandangan mengenai keperluan meminda atau memansuhkan Akta Hasutan 1948 pada seminar anjuran Jabatan Peguam Negara pada 26 dan 27 Sept ini.

Orang ramai termasuk penulis blog berpeluang mengemukakan pandangan mengenai keperluan meminda atau memansuhkan Akta Hasutan 1948 pada seminar anjuran Jabatan Peguam Negara pada 26 dan 27 Sept ini.

Seminar dua hari bertajuk ‘Efficacy of the Sedition Act 1948’ (Keberkesanan Akta Hasutan 1948) juga memberi tumpuan membincangkan keseimbangan peruntukan Akta Hasutan 1948 dengan hak kebebasan bersuara yang banyak mendapat perhatian umum sekarang.

Jabatan Peguam Negara dalam satu kenyataan kepada Bernama hari ini berkata seminar itu akan diadakan di Dewan Tan Sri Abdul Kadir Yusof, Aras 3 Jabatan Peguam Negara di Presinct 4, Putrajaya.

Seminar yang pertama kali diadakan itu juga bertujuan memberi pendedahan kepada peserta berhubung peruntukan undang-undang hasutan di Malaysia dan negara lain serta keberkesanannya dalam menangani kesalahan hasutan.

See also  CTOS and AirAsia Academy join forces to empower SMEs

“Pada era globalisasi ini, kesalahan fitnah bukan hanya berlaku di media cetak malah juga sering berlaku di atas talian (internet).

“Antara isu yang sering berkait dengan hasutan ialah isu bersifat satira dan mempersenda yang sering digunakan oleh individu di laman web untuk tujuan melakukan fitnah mahupun untuk tujuan yang lain,“ kata kenyataan itu.

Justeru, Jabatan Peguam Negara merasakan perbincangan berkenaan akta ini adalah amat perlu terutama di kalangan pengamal media dan penulis blog yang mudah terdedah kepada kesalahan di bawah akta itu.

Antara tokoh undang-undang yang dijemput hadir untuk membentangkan isu itu ialah Ketua Bahagian Pendakwaan Jabatan Peguam Negara Tun Abdul Majid Tun Hamzah, Penasihat Undang-undang Universiti Teknologi Mara (UiTM) Professor Emeritus Dr Shad Saleem Faruqi.

See also  Pepsodent sets new record with toothbrushing event

Para peserta juga berpeluang membincangkan pandangan Timbalan Ketua Bahagian Guaman Jabatan Peguam Negara S. Amarjeet Singh dan tokoh media massa Johan Jaaffar serta Pengarah Eksekutif Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia, Mustaffa Fazil Mohd Abdan.

Beberapa penulis blog terkemuka tanah air juga dijadual memberikan pandangan masing-masing.

Orang ramai yang berminat menyertai seminar itu boleh menghubungi para pegawai berikut daripada Jabatan Peguam Negara iaitu Hamidi Mohd. Noh di talian 03-8885 5111 atau e-mel ke [email protected], Cik Izazi Muhamedin (03-8872 2239 atau e-mel [email protected]) dan T. Deepa Nair (03-8872 2231 atau e-mel [email protected]).
— BERNAMA
MNY MNY NH