Setiap balai polis perlu ruangan khas simpan ‘barang kes’

Setiap balai polis perlu ruangan khas simpan ‘barang kes’

Ahli parlimen Puchong, Gobind Singh Deo mencadangkan kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN) supaya menyediakan satu kawasan khas di setiap balai polis di kawasan itu bagi menyimpan ‘barang kes’ seperti kereta dan motosikal terbiar.

Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo mencadangkan kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN) supaya menyediakan satu kawasan khas di setiap balai polis di kawasan itu bagi menyimpan ‘barang kes’ seperti kereta dan motosikal terbiar.

Ia berikutan beliau menerima banyak aduan daripada penduduk dan pemilik premis bangunan perniagaan terdapat barang kes seperti kereta dan motosikal dibiarkan begitu lama di kawasan parkir awam.

“Kebanyakan pemilik premis perniagaan mendakwa mereka mengalami kerugian gara-gara perbuatan tidak bertanggungjawab meletakkan kenderaan begitu lama sekali gus mencacatkan pemandangan.

” Persoalannya kenapa pihak polis membiarkan perkara begini daripada berlaku, sepatutnya barang kes seperti kereta dan motosikal diletakkan di satu tempat parkir khas dalam balai polis dan bukannya dibiarkan di tempat awam,” ujarnya yang juga seorang peguam.

Dalam sidang media, Gobind menyambut baik usaha KDN membina lebih banyak balai polis di sekitar kawasan perumahan dalam usaha membanteras jenayah.

” Sememangnya kita perlukan lebih ramai anggota polis di kawasan perumahan di Puchong, itu memang kita tidak pertikaikan.

” Tetapi tindakan meletakkan kenderaan di parkir itu yang kita kesalkan kerana ia mencacatkan pemandangan dan memberi kesan kepada penduduk dan pembeli premis perniagaan kerana ia merugikan,” ujarnya.

 

Sehubungan itu, Gobind akan menyuarakan isu ini dalam sidang parlimen pada Oktober ini.

Selain itu, saya akan menulis surat rasmi kepada Ketua balai polis Puchong dan Serdang dan berharap mereka termasuk menteri KDN dapat memberi jawapan perkara sebenar,” tegasnya.

Sementara itu, tinjauan wartawan bersama ahli Parlimen Puchong mendapati terdapat ‘bangkai’ kereta diletakkan di tepi jalan berhadapan balai polis.

Jelas kelihatan sebuah kereta dibiarkan begitu lama sehingga dalam kereta ditumbuhi pokok.