‘Massimo’ penuhi citarasa penggemar roti

‘Massimo’ penuhi citarasa penggemar roti

The Italian Baker Sdn Bhd hari ini melancarkan produk terbarunya roti gandum berjenama ‘Massimo’ akan memenuhi citarasa penggemar roti di negara ini.

The Italian Baker Sdn Bhd hari ini melancarkan produk terbarunya roti gandum berjenama ‘Massimo’  akan memenuhi citarasa penggemar roti di negara ini.

Syarikat yang beroperasi di Taman Perindustrian Pulau Indah, Klang itu dimiliki 100 peratus sepenuhnya oleh FFM Berhad dengan anggaran kos pembinaan RM120 juta.

Pengarah Urusannya Jimmy Chang berkata, buat masa kini produk itu berada di pasaran sekitar Lembah Klang di mana pengguna boleh mendapatkan roti di pasaraya besar Jaya Jusco dan Giant.

“Kita melihat kepada sambutan diberikan, sekiranya ada permintaan daripada pengguna, kita akan meluaskan pasaran di seluruh negara,” ujarnya pada sidang media, petang tadi.

Di majlis itu, kira-kira 10 orang pemberita dan jurugambar telah diberikan penerangan ringkas dan dibawa melawat sekitar kilang untuk melihat dari dekat proses pembuatan roti tersebut.

See also  Joybean Malaysia introduces four new 100g potato chips

Ditanya mengenai sambutan orang ramai, Jimmy berkata produk itu mendapat respond sangat baik khususnya di kalangan penulis blog walaupun baru dua bulan setengah berada di pasaran sebelum diperkenalkan kepada umum.

“Kebanyakan mereka yang telah mencuba roti ini menulis dalam blog dan kami juga mendapat maklumbalas positif daripada mereka,” ujarnya.

Ditanya mengenai harga pengenalan, Jimmy berkata harga promosi diperkenalkan kepada pengguna adalah RM 0.60 sen bagi roti krim berperisa blueberi, kopi, coklat dan jagung.

“Manakala harga RM2.50 bagi sebuku roti gandum ‘wheat germ’ 400g dan RM3.50 bagi sebuku roti gandum ‘wheat germ’ 600g di mana harga promosi ditawarkan kepada pengguna sehingga akhir tahun ini,” katanya.