Pusat latihan komputer untuk semua lapisan masyarakat

Pusat latihan komputer untuk semua lapisan masyarakat

Selain daripada itu, majlis juga mengalu-alukan kehadiran golongan Orang Kurang Upaya (OKU) dan mana-mana pihak yang berminat perlu membuat permohonan rasmi kepada pihak berkuasa tempatan itu, ujar Pengarah Jabatan Teknologi Maklumat MPK, Nor Hasyimah Tamziz.

Pusat Latihan Komputer Majlis Perbandaran Klang (MPK) yang terletak di Kompleks Perhentian Bas Pelabuhan Klang menawarkan pelbagai kemudahan yang diiktiraf di sini.

Pengarah Jabatan Teknologi Maklumat MPK,Nor Hasyimah Tamziz berkata, pusat berkenaan menawarkan kursus komputer bukan sahaja kepada golongan muda malah pihaknya membuka peluang mempelajari kemahiran itu kepada warga emas.

Menurutnya,selain daripada itu,majlis juga mengalu-alukan kehadiran golongan Orang Kurang Upaya (OKU) dan mana-mana pihak yang berminat perlu membuat permohonan rasmi kepada MPK.

“Pusat ini menjadi tumpuan pelbagai agensi dan jabatan untuk membuat kursus serta program memandangkan kemudahan yang ditawarkan antara yang terbaik di negeri ini.

“Malah kedudukannya yang berdekatan dengan pusat bandar juga memudahkan orang ramai untuk datang bagi mengetahui lebih lanjut tentang kemudahan yang ditawarkan di sini”katanya.

See also  Safeguarding children's privacy on social media

Beliau berkata demikian ketika menghadiri Kursus Asas Autocard Dan Web Based Pengurusan Tanah 1/2011 di situ.

Sementara itu,ahli majlis,Irwan Ismail berkata,beliau berbangga kerana perisian dan teknologi di pusat itu juga merupakan yang terkini dan pihaknya berbangga kerana pusat teknologi maklumat itu sentiasa aktif di negeri ini.

Menurutnya,penduduk khususnya sekitar kawasan itu digalakkan mengambil peluang yang ditawarkan memandangkan kemudahannya juga sentiasa dipertingkatkan dari masa ke semasa seiring dengan kemajuan teknologi pada masa kini.