Penembusan jalur lebar tanpa wayar kini diperluas ke Rembau

Penembusan jalur lebar tanpa wayar kini diperluas ke Rembau

Projek jalur lebar tanpa wayar di Negeri Sembilan yang dikenali sebagai 1NS Wireless City (1NSWC), kini memasuki fasa 2A
yang diperluaskan ke daerah Rembau yang dilaksanakan pada 1 Sept lepas.

Projek jalur lebar tanpa wayar di Negeri Sembilan yang dikenali sebagai 1NS Wireless City (1NSWC), kini memasuki fasa 2A
yang diperluaskan ke daerah Rembau yang dilaksanakan pada 1 Sept lepas.

Pengurus Besar Telekom Malaysia Bhd (TM) Negeri Sembilan Salmah Mohd Taufek berkata kawasan di daerah Rembau meliputi Ibusawat TM Rembau, Balai Polis, Wisma

Jemaah Ulu Gadong, perhentian bas dan teksi, perkarangan Sudut Korporat Majlis Daerah Rembau, Dataran Rembau, perkarangan Perpustakaan Daerah Rembau, gelanggang futsal, Masjid An-Nur, Aked Mara dan persekitaran stesen komuter.

“Ini bermakna orang awam yang berada di sekitar pekan Rembau boleh menikmati perkhidmatan jalur lebar tanpa wayar secara percuma di bawah inisiatif 1NSWC kerajaan Negeri Sembilan,” katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Katanya di bawah fasa 2, projek ini akan diperluaskan ke daerah lain seperti Kuala Pilah, Jelebu dan Jempol.

“Kita mempunyai dua perancangan di bawah fasa 2 iaitu perluasan fasa 1 dan cadangan lokasi baru. Tempoh projek ini adalah selama tiga tahun iaitu sehingga 2013,” katanya.

See also  Malaysia ranks 4th globally in skyscraper count

Menurut statistik Suruhanjaya komunikasi dan multimedia Malaysia (SKMM) menunjukkan kadar penembusan jalur lebar di Negeri Sembilan sekarang ialah 73 peratus dan ia merupakan kadar kedua tertinggi di seluruh negara selepas Pulau Pinang.

Katanya fasa 1 projek 1NSWC yang lancarkan pada 5 Okt 2010, kini meliputi tujuh lokasi iaitu Seremban, Seremban 2, Senawang, Nilai,  Port Dickson, Tampin dan Rantau.

“Pelaksanaan projek ini diharapkan dapat meningkatkan kadar penembusan jalur lebar di Negeri Sembilan di mana ia dapat membantu golongan yang kurang berkemampuan turut menikmati perkhidmatan Internet secara percuma menggunakan jalur lebar tanpa wayar,” katanya.

1NS Wireless City merupakan satu projek inisiatif Kerajaan Negeri Sembilan dalam menyediakan platform capaian Internet dengan menggunakan teknologi jalur lebar tanpa wayar kepada orang ramai di kawasan-kawasan tumpuan orang ramai seluruh Negeri Sembilan.

See also  Forest City gets boost with PM visit and future plans

Ia dilaksanakan untuk menawarkan capaian Internet kepada seluruh rakyat Negeri Sembilan secara tanpa wayar dengan teknologi jalur lebar berasaskan Streamyx.

Menerusi 1NSWC, kerajaan negeri berhasrat mewujudkan persekitaran jalur lebar tanpa wayar yang memberikan capaian ke Internet pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja di kawasan-kawasan tumpuan orang ramai.

Pelanggan boleh mendaftar untuk menggunakan akses jalur lebar tanpa wayar melalui Landing Page yang yang boleh diakses secara automatik di lokasi 1NSWC.

Melalui Landing Page, pengguna hanya perlu mendaftarkan nama, nombor kad pengenalan dan nombor telefon bimbit bagi mendapatkan ID dan kata laluan dengan percuma.

ID dan kata laluan ini akan dihantar kepada pengguna menerusi telefon bimbit yang telah didaftarkan.

Seterusnya pengguna boleh login menggunakan ID dan kata laluan yang diperoleh secara percuma di mana-mana lokasi 1NSWC di seluruh Negeri Sembilan.

– Bernama