Seramai 33 bekas polis Kuala Terengganu terima cermin mata

Seramai 33 bekas polis Kuala Terengganu terima cermin mata

Seramai 33 anggota Persatuan Bekas Polis Malaysia Cawangan Kuala Terengganu (PBPMCKT) hari ini menerima cermin mata bernilai RM250 seorang sumbangan Pembangunan Parlimen Kuala Terengganu.

Seramai 33 anggota Persatuan Bekas Polis Malaysia Cawangan Kuala Terengganu (PBPMCKT) hari ini menerima cermin mata bernilai RM250 seorang sumbangan Pembangunan Parlimen Kuala Terengganu.

Pegawai Pembangunan Parlimen Kuala Terengganu Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh berkata sumbangan tersebut sebagai tanda penghargaan kepada bekas polis dan menunjukkan bahawa mereka tidak dilupakan.

“Kerajaan negeri akan terus memberi sumbangan dan bantuan kepada bekas anggota polis ini pada masa depan demi memastikan kebajikan mereka sentiasa diberi perhatian,” katanya pada sidang media selepas majlis jamuan Hari Raya
Aidilfitri dan sumbangan cermin mata kepada anggota PBPMCKT di pejabat Umno di sini hari ini.

Turut hadir ialah Setiausaha Persatuan Bekas Polis Malaysia Cawangan Kuala Terengganu Sidek Mohammad dan Anggota Jawatankuasa PBPMCKT Tajudin Yusof.

Sementara itu, Tajudin berkata pihaknya berharap kerajaan negeri dapat menyediakan sebuah tapak bangunan khusus untuk kegunaan anggota persatuan tersebut.

“Sehingga kini, PBPMCKT tidak mempunyai bangunan sendiri untuk kegunaan anggotanya dan buat masa sekarang PBPMCKT terpaksa menumpang di sebuah bangunan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Terengganu dalam suasana yang tidak selesa,” katanya.

– Bernama