Jakim akan sediakan pejabat penyelaras Kafa daerah Sabah

Jakim akan sediakan pejabat penyelaras Kafa daerah Sabah

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan mewujudkan pejabat penyelaras Kelas al-Quran dan Fardu Ain (Kafa) di beberapa daerah di Sabah bagi kemudahan guru Kafa.

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan mewujudkan pejabat penyelaras Kelas al-Quran dan Fardu Ain (Kafa) di beberapa daerah di Sabah bagi kemudahan guru Kafa.

Pengarah Jakim Sabah Ahmad Zaki Arshad berkata keputusan itu dibuat berikutan ada guru Kafa di negeri tersebut yang terpaksa menjadikan kereta mereka serta masjid sebagai pejabat.

“Ibu pejabat Jakim telah meluluskan peruntukan pembinaan pejabat penyelaras Kafa masing-masing diĀ  Tawau, Beaufort dan daerah-daerah lain,” katanya ketika berucap pada majlis Hari Raya Aidilfitri Warga Kafa, semalam.

Beliau berharap dengan adanya kemudahan pejabat seperti itu akan dapat memartabatkan lagi pendidikan Kafa di Sabah.

Mengenai sambutan hari ini, Ahmad berkata ia merupakan langkah yang baik dan tepat pada masanya untuk mengeratkan ukhuwah pada kalangan keluarga Kafa dan masyarakat di daerah ini.

See also  Xsolla Curine Academy and UM join forces in digital innovation

Majlis turut dihadiri Pembantu Menteri Kewangan Tawfiq Abu Bakar Titingan dan Anggota Dewan Undangan Sebatik Abdul Muis Picho.

– Bernama