Kesatuan Guru Sarawak sokong syarat wajib lulus Bahasa Inggeris

Kesatuan Guru Sarawak sokong syarat wajib lulus Bahasa Inggeris

Kesatuan Guru Sarawak (STU) menyokong syarat wajib lulus dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris bagi melayakkan calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) menerima sijil penuh.

Kesatuan Guru Sarawak (STU) menyokong syarat wajib lulus dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris bagi melayakkan calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) menerima sijil penuh.

Presidennya William Ghani Bina berkata ia akan membolehkan negara bersaing di peringkat global dalam banyak bidang seperti perniagaan, pendidikan, politik dan penyelidikan.

“Graduan kita boleh bekerja di mana saja kerana pekerjaan adalah terhad di peringkat tempatan,” katanya kepada Bernama.

Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin yang mengumumkan syarat baru tersebut semalam bagaimanapun berkata ia hanya akan dilaksanakan apabila jumlah guru Bahasa Inggeris mencukupi untuk dihantar ke semua sekolah di seluruh
negara selain pengenalan kurikulum baru yang memantapkan pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran tersebut.

See also  Compulsory preschool: Worthy goal needs strong foundation

Ghani juga berkata perkara tersebut hanya boleh dilakukan apabila terdapat guru Bahasa Inggeris yang terlatih yang sanggup mengajar di mana sahaja termasuk di kawasan luar bandar di Sarawak dan Sabah.

Di Besut, Persatuan Pendidik Bahasa Melayu Malaysia (PPBMM) turut menyokong inisatif yang dikemukakan Muhyiddin.

Presidennya, Profesor Madya Dr Hashim Othman berkata langkah itu sesuai dengan resolusi yang dibuat PPBMM dalam beberapa seminar yang diadakan di dalam dan luar negara pada tahun ini dan tahun lalu.

Beliau berkata langkah tersebut merupakan langkah bijak dan bertepatan dengan usaha memperkasakan Bahasa Melayu dan memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMBI).

Pada masa yang sama beliau menyaran agar ditetapkan kelulusan minimum untuk subjek tersebut bagi berlaku adil kepada pelajar di luar bandar.

See also  Skill up your career with SKiL Consultancy

“Dengan menetapkan tahap kelulusan minimum, ia bukan sahaja dapat memberi motivasi kepada pelajar di luar bandar malah memudahkan mereka untuk mencari pekerjaan atau menyambung pelajaran di pusat pengajian tinggi,” katanya.

Bagaimanapun Dr Hashim berkata PPBMM menentang sebarang usaha bagi menghidupkan semula Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) kerana ia bukan cara untuk meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris.

Pakar bahasa Profesor Awang Sariyan pula meminta Kementerian Pelajaran supaya tegas apabila membuat sesuatu keputusan berkaitan pendidikan.

– Bernama