Eko-pelancongan industri utama kawasan pedalaman Sarawak

Eko-pelancongan industri utama kawasan pedalaman Sarawak

Eko-pelancongan akan menjadi industri utama baru bagi kawasan pedalaman Sarawak di mana semua projek-projek empangan hidro-elektrik siap dilaksanakan dan beroperasi dengan jayanya.

Source: www.belagado.sarawak.gov.my

Eko-pelancongan akan menjadi industri utama baru bagi kawasan pedalaman Sarawak di mana semua projek-projek empangan hidro-elektrik siap dilaksanakan dan beroperasi dengan jayanya.

Ketua Menteri Sarawak Abdul Taib Mahumd berkata ini antara lain juga akan menyuburkan lagi pembangunan hartanah dan pembangunan industri berkaitan penyediaan chalet serta kemudahan sukan di kawasan-kawasan tasik.

Beliau berkata demikian pada satu perjumpaan sempena sambutan Hari Raya yang dianjurkan oleh komuniti Muslim di sini malam tadi.

Menurutnya di bawah inisiatif Koridor Tenaga Boleh Diperbaharui Sarawak (Score), kerajaan negeri merancang untuk membangunkan sekurang-kurangnya 12 projek empangan hidro.

Ketika ini Sarawak mempunyai empangan Batang Ai berharga RM600 juta di bahagian Sri Aman dan tidak lama lagi Empangan Bakun di Belaga yang terletak dalam bahagian Kapit bernilai RM7 bilion akan disiapkan, manakala empangan Murum, juga di Belaga bernilai RM3 bilion sedang dilaksanakan.

See also  Tetra Pak recognized for environmental leadership

Selepas ini kerajaan negeri dikatakan sendang merancang untuk membangunkan empangan di Pelagus, Balleh, Baram, Limbang dan Lawas.

Abdul Taib seterusnya mengingatkan orang ramai mengenai betapa penting bagi kerajaan negeri memiliki tenaga kerja teknikal yang mencukupi dalam pelbagai bidang yang berkaitan bagi membantu ia mencapai objektif Score dan masyarakat berpendapatan tinggi menjelang 2030.

– Bernama