Ops sikap: 13 hari, 254 kematian jalan raya

Berbaki dua hari lagi, Ops Sikap-24 terus merekodkan pertambahan jumlah kematian iaitu seramai 254 orang sehingga hari ke-13 operasinya semalam.

Laman web Polis Bukit Aman hari ini melaporkan seramai 26 orang terbunuh dalam kemalangan jalan raya yang membabitkan 22 kes kemalangan maut semalam.

Kenyataan itu berkata penunggang motosikal mencatat jumlah kematian palingĀ  tinggi iaitu 15 orang, pengguna kereta (lapan), pejalan kaki (dua) dan kenderaan lain (satu).

Sementara itu jumlah keseluruhan kemalangan yang direkodkan semalam ialah 1,144 dengan statistik paling tinggi dicatat di Jalan Bandaran iaitu 379 diikuti Jalan Persekutuan (371), Jalan Negeri (229), Lebuhraya (99) dan jalan-jalan lain
(66).

Sebanyak 7,591 saman dikeluarkan kepada pesalah trafik semalam.

Ops Sikap-24 yang bermula 23 Ogos, akan berakhir 6 Sept ini.