Ops Sikap: Tiga kematian direkod di KL

Ops Sikap: Tiga kematian direkod di KL

Sejak pelancaran Ops Sikap-24 di Kuala Lumpur pada Selasa lepas sehingga semalam, tiga kes kematian direkodkan yang kesemuanya melibatkan penunggang dan pembonceng motosikal.

Sejak pelancaran Ops Sikap-24 di Kuala Lumpur pada Selasa lepas sehingga semalam, tiga kes kematian direkodkan yang kesemuanya melibatkan penunggang dan pembonceng motosikal.

Pegawai Turus Kuatkuasa dan Operasi Trafik Kuala Lumpur DSP Ng Fook Long berkata pada tempoh itu, sebanyak 1,023 kes kemalangan dicatatkan.

“Tiga kes kemalangan maut yang dicatatkan itu melibatkan kematian dua penunggang dan seorang pembonceng motosikal sehingga hari keenam operasi itu semalam,” katanya semasa operasi Ops Sikap-24 di Kuala Lumpur yang dijalankan di
Jalan Loke Yew hari ini.

Hari ke tujuh operasi itu, dijalankan melibatkan Jalan Loke Yew menghala ke Kajang, Jalan Connaught ke Petaling Jaya, Jalan Ipoh ke Selayang dan Lebuh Raya Mahameru di KM5.9.

See also  Sime Darby Property launches Jom Raya campaign for sustainable celebrations

“Antara lokasi lain yang terlibat iaitu Jalan Tun Razak, Lebuhraya MRR2 Kepong dan Cheras, Jalan Syed Putra menghala ke Petaling Jaya, Jalan Klang Lama, Jalan Kinabalu ke Jalan Kuching dan Jalan Pudu ke Cheras,” katanya.

Beliau berkata operasi kali ini tertumpu kepada kesalahan lazim yang sering dilakukan pengguna jalan raya seperti memandu melebihi had laju, memotong garisan berkembar, melanggar lampu isyarat dan memandu di lorong kecemasan.

– Bernama