Perkhidmatan feri tambahan pada musim perayaan di Langkawi

Syarikat feri penumpang di sini memberi jaminan akan menyediakan perkhidmatan tambahan sekiranya perkhidmatan sedia ada tidak mampu menampung permintaan sepanjang sambutan Aidilfitri ini.

Jurucakap sebuah syarikat terbabit Wong Sie Kiong berkata pihaknya menjangka berlaku peningkatan kehadiran pelancong dari dalam dan luar negara  ke sini berikutan cuti umum yang panjang sempena Aidilfitri dan sambutan kemerdekaan.

Pada masa ini terdapat 45 buah feri menyediakan perkhidmatan ulang-alik antara Langkawi, Kuala Perlis, Kuala Kedah, Pulau Pinang dan Satun di Selatan Thailand.

Tinjauan Bernama juga mendapati pengusaha hotel dan tempat penginapan di sini turut menerima tempahan bilik yang meningkat berbanding semasa Ramadan.

– Bernama