Aduan rakyat: Bil elektrik TNB terlalu tinggi, penipuan terancang

Aduan rakyat: Bil elektrik TNB terlalu tinggi, penipuan terancang

Surat: Saya ingin membuat aduan mengenai kenaikan bil elektrik saya yang bagi saya adalah merupakan penipuan terancang.


Oleh Norfaizal

Saya ingin membuat aduan mengenai kenaikan bil elektrik saya yang bagi saya adalah merupakan penipuan terancang.

Saya tidak berpuas hati kerana bil elektik kami kebiasaannya di bawah paras RM70. Apabila TNB melaksanakan kadar tarif baru dan bacaan meter pos. Bil elektrik kami melambong sehingga RM300.

Kenaikan seperti ini tidak munasabah langsung kerana tiada peralatan elektrik baru yang dibeli dalam tempoh 3 bulan ini.

Tiada pertambahan penghuni rumah malah kami mengurangkan penggunaan aircond dari 7 jam sehari kepada hanya 4 jam sehari.

Kami juga telah membuat aduan kepada TNB Sungai Petani malah telah menukar meter kepada meter baru.

Bapa kami sudah pencen dan perkara seperti ini sememangnya membebankan beliau yang merupakan pesara bomba.

Diharapkan pihak aduan rakyat dapat membantu kami dalam menyelesaikan hal ini.