RM17 juta peruntukan tambahan untuk pengambilan guru ganti

RM17 juta peruntukan tambahan untuk pengambilan guru ganti

Kementerian Pelajaran telah menurunkan peruntukan tambahan sebanyak RM17,449,280 pada 25 Julai lepas kepada semua bahagian atau Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) yang terlibat dengan pengambilan dan pelantikan guru ganti.

Menurut Unit Komunikasi Korporat Kementerian Pelajaran, tindakan itu adalah bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran di semua sekolah dapat dilaksanakan dengan lancar di samping menjaga kebajikan guru dan kakitangan sekolah-sekolah di seluruh negara.

Sehubungan itu, guru besar dan pengetua dipohon untuk berhubung terus dengan JPN berkaitan perkara ini bagi memastikan pengambilan dan pelantikan guru ganti dibuat mengikut keperluan sekolah masing-masing, menurut unit itu dalam kenyataan hari ini.
– Bernama

See also  APU welcomes Fulbright Scholar Dr. Kelly McKenna