Kes kematian warga Jepun: Tiga lelaki ditahan

Kes kematian warga Jepun: Tiga lelaki ditahan

Polis menahan tiga lelaki warganegara asing berhubung kes kematian seorang rakyat Jepun di dalam bilik sebuah hotel di Ampang pada Isnin lepas.

Polis menahan tiga lelaki warganegara asing berhubung kes kematian seorang rakyat Jepun di dalam bilik sebuah hotel di Ampang pada Isnin lepas.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, SAC Mohd Adnan Abdullah berkata ketiga-tiga suspek yang berusia antara 20 dan 35 tahun itu dipercayai mengenali mangsa untuk menjalankan urusan perniagaan di negara ini.

Beliau berkata kesemua lelaki itu ditahan semalam di sebuah kawasan di Ampang dan sebuah kereta jenis Proton Saga turut dirampas.

“Berdasarkan pemeriksaan dan soal siasat awal, kita percaya mangsa berkemungkinan  mengenali suspek,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor di sini hari ini.

Dalam kejadian itu, warga Jepun berkenaan ditemui mati dalam keadaan kaki dan tangannya terikat manakala rakannya turut diikat di dalam sebuah bilik hotel berhampiran pusat membeli-belah Ampang Point.

See also  Bosch opens Flagship Experience Centre in Malaysia

Wang tunai sebanyak RM110,000 milik mangsa turut dilaporkan hilang.

Mohd Adnan berkata mangsa dan rakannya yang berusia 50-an dipercayai tiba di Malaysia sejak seminggu lepas atas urusan perniagaan.

“Mayat mangsa dan lelaki yang cedera berkenaan telah dihantar pulang ke Jepun hari ini,”  katanya.

Beliau berkata siasatan lanjut masih dijalankan termasuk menahan reman kesemua suspek sehingga 31 Ogos ini.

Katanya kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Dalam perkembangan berasingan, Adnan berkata laporan kimia mengesahkan wanita yang mayatnya dikerat-kerat, merupakan ibu kepada kanak-kanak lelaki yang turut ditemui dibunuh di sebuah apartmen di Taman Kosas, Ampang pada 3 Ogos lepas.

Dalam kejadian itu, polis menemui keratan tubuh dan organ manusia termasuk usus dalam beberapa beg plastik serta mangkuk tandas di sebuah unit di tingkat lima pangsapuri itu.

See also  Razer rebrands as Fiuu, eyes future of digital payments

Selepas siasatan, polis mengesahkan semua beg plastik itu mengandungi keratan mayat  seorang wanita warga asing dalam lingkungan 30-an dan seorang kanak-kanak lelaki berusia 20 bulan.

Pada 19 Ogos lepas, polis menahan 10 warga Bangladesh berumur lingkungan 20 hingga 30-an dan seorang warga Indonesia berhubung kes berkenaan.

“Kita telah selesai siasatan kes ini dan bakal menjalankan pendakwaan terhadap suspek terbabit dalam masa terdekat,” kata Mohd Adnan.

– Bernama