Pemuda BN beri biasiswa kepada lapan pelajar

Pemuda BN beri biasiswa kepada lapan pelajar

Lapan orang pelajar hari ini menerima Biasiswa Pendidikan Pemuda Barisan Nasional (BNYES) berjumlah RM300,000.

Lapan orang pelajar hari ini menerima Biasiswa Pendidikan Pemuda Barisan Nasional (BNYES) berjumlah RM300,000.

Pengerusi Pemuda Barisan Nasional Khairy Jamaluddin berkata biasiswa itu bertujuan membantu pelajar lepasan SPM, STPM serta A-Level yang cemerlang dan layak untuk meneruskan pengajian di institusi pengajian tinggi swasta.

Mereka yang memohon biasiswa ini dinilai sebanyak 70 peratus daripada aspek akademik, 20 peratus daripada aspek sosio-ekonomi dan 10 peratus daripada aspek ko-kurikulum.

“Kita telah berjaya mendapat tajaan sebanyak RM17.6 juta daripada 12 institusi swasta yang boleh menampung lebih daripada 100 penerima biasiswa dan setakat ini kita telah menerima sebanyak 500 permohonan,” kata Khairy pada
majlis penyerahan biasiswa itu di sini hari ini.

See also  Compulsory preschool: Worthy goal needs strong foundation

Seorang penerima, Silmi Izzuan Simi, 24, berkata beliau berasa gembira dan bersemangat untuk meneruskan pengajian di Universiti Lim Kok Wing selepas berjaya mendapatkan biasiswa itu.

Michelle Chong Sook Yee, 20, pula berkata beliau teruja kerana berjaya mendapat biasiswa itu yang akan membantunya untuk meneruskan pengajian dalam bidang perakaunan dan kewangan di Kolej Sunway.

– Bernama