JAIS akan bertemu pihak geraja esok, bersama MB Selangor

Menteri Besa Khalid Ibrahim bersama Mufti dan Timbalan Mufti Selangor akan menemui wakil Jabatan Agama Islam Selangor dan Damansara Utama Methodist Church esok berhubung isu pemeriksaan Jais di gereja itu kerana  terdapat umat Islam yang hadir pada majlis makan malam di situ baru-baru ini.

Pertemuan dijadual diadakan di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini pada 2 petang.

“Kita akan adakan pertemuan itu secara berasingan masing-masing sejam bersama wakil Jais dan penganjur majlis makan malam di gereja terbabit,” kata Abdul Khalid kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat exco kerajaan
negeri di sini hari ini.

Katanya berkata beliau bersama Mufti Selangor, Mohd Tamyes Abdul Wahid, dan Timbalan Mufti Abdul Majid Omar, akan mendengar penjelasan kedua-dua pihak itu sebelum membuat laporan untuk dipersembahkan kepada
Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Mengenai kenyataan Sultan Selangor semalam menafikan baginda bersetuju dengan cadangan beliau supaya satu Majlis Syura dibentuk bagi menyelesaikan isu berkenaan, Abdul Khalid : “Tuanku tidak mahu konflik antara jawatankuasa yang ditubuhkan kerajaan negeri dan peranan Majlis Agama Islam Selangor (Mais).

“Semalam saya sembahyang dengan baginda, dari maghrib sehingga terawih. Saya sebelah baginda. Tujuan kita untuk mencari penyelesaian bukan timbulkan isu lain,” katanya.

– Bernama