Ops Sikap di Perlis bermula hari ini

Ops Sikap di Perlis bermula hari ini

Ops Sikap ke-24 peringkat negeri Perlis dilancarkan hari ini. Ketua Polis Perlis, SAC Zull Aznam Haron melancarkannya di Jalan Kuala Perlis-Changlun.

Ops Sikap ke-24 peringkat negeri Perlis dilancarkan hari ini. Ketua Polis Perlis, SAC Zull Aznam Haron melancarkannya di Jalan Kuala Perlis-Changlun.

Sempena pelancarannya, beliau turut mengagihkan risalah keselamatan jalan raya kepada pengguna jalan raya.

Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) turut mengagihkan topi keledar kepada penunggang motosikal yang didapati menggunakan topi keledar yang tidak selamat digunakan.

Turut hadir pada acara itu ialah Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan Perlis, Zulhasmi Mohamad dan Pengarah JKJR Perlis, Mohd Fazlee Mohd Latiff.

Zull Aznam kemudiannya memberitahu pemberita, sebanyak sembilan lokasi dikenal pasti kerap berlaku kemalangan di Perlis iaitu Km9 dan Km12 Jalan Kangar-Alor Setar, antara Km12 dan Km14 Jalan Kangar-Kodiang, Jalan Syed Alwi, Jalan Kuala Perlis, Jalan Sanglang, Jalan Bukit Keteri, Jalan Datuk Kayaman dan Jalan Kangar-Padang Besar.

Beliau juga berkata sebanyak 1,017 kes kemalangan jalan raya dilaporkan di seluruh Perlis antara Januari dan Julai lalu membabitkan 42 kematian daripada 40 kes kemalangan maut.

Polis berhasrat mengurangkan kadar kemalangan tetapi penguatkuasaan undang-undang semata-mata tidak akan begitu berkesan tanpa kesedaran di kalangan para pengguna jalan raya sendiri, katanya.

Zull Aznam berkata antara punca kemalangan ialah sikap pemandu selain penggunaan kenderaan yang tidak selamat serta masalah jalan raya.

– Bernama