Penjara Alor Setar buka kaunter zakat kepada banduan

Penjara Alor Setar buka kaunter zakat kepada banduan

Bagi memastikan setiap banduan menunaikan tanggungjawab membayar zakat fitrah, Penjara Alor Setar membuka kaunter zakat kepada para banduan sepanjang Ramadan ini.

Bagi memastikan setiap banduan menunaikan tanggungjawab membayar zakat fitrah, Penjara Alor Setar membuka kaunter zakat kepada para banduan sepanjang Ramadan ini.

Pengarahnya Amir Sharifudin Abdul Majid berkata walaupun mereka berada di sebalik tirai besi, tetapi tanggungjawab itu wajib dilaksanakan kerana mereka mempunyai pendapatan hasil daripada kerja di bengkel-bengkel pertukangan yang terdapat dalam penjara.

Beliau berkata melalui pendapatan itulah banduan membayar zakat untuk diri dan juga keluarga mereka melalui amil yang dilantik pejabat zakat.

“Kita mahu memupuk nilai-nilai agama dalam diri dan tidak mahu mereka terus jauh daripada agama apabila menjalani hukuman di dalam penjara selain dapat menyucikan diri,” katanya kepada pemberita.

See also  AEON distributes 30,000 packs of bubur lambuk for Ramadan

Amir Sharifudin berkata pihak penjara turut mengadakan majlis khatam Al-Quran dan majlis mengacau bubur lambuk serta wajik durian bersama para banduan baru-baru ini untuk memeriahkan lagi suasana Ramadan di kalangan penghuni penjara.

– Bernama