Ellangovan: Populariti muzik klasik India kian merosot.

Ellangovan A/L Veloo, 49, seorang pemuzik tradisional India bimbang terhadap populariti seninya yang semakin merosot terutamanya dikalangan generasi muda.

Beliau adalah seorang pemain mirudhangam yang berpengalaman selama 30 tahun.

Beliau pakar dalam seni yang bernama Taalam.

Beliau melanjutkan pelajaran beliau dalam bidang ini di India selepas tamat persekolahan.

Beliau juga boleh bermain instrumen tradisional India seperti ghadam dan ghanjira.

Ellangovan sedih kerana kini tiada sambutan untuk mempelajari muzik tradisional India dalam kalangan generasi muda kerana mereka memberi tumpuan yang lebih kepada pendidikan akademik.

Beliau berkata, seni muzik dapat menenangkan jiwa dan menerajui insan itu untuk menjadi seorang yang berakhlak mulia.

Dengan melibatkan diri dalam bidang muzik, gejala sosial dapat dikurangkan.

Beliau juga menegaskan bahawa, pihak berkuasa perlu mengambil berat untuk memberi penerangan akan kepentingan muzik tradisional India ini kepada generasi akan datang supaya ianya tidak akan pupus.

Ellangovan memberi kelas muzik kepada beberapa murid supaya pengetahuan seni ini dapat disebarkan dengan meluas.

Ellangovan juga menasihatkan generasi akan datang supaya belajar muzik tradisional daripada sumber atau guru yang benar-benar layak mengajarnya dengan betul.

Beliau berkata begitu kerana kini muzik tradisional telah dicampuradukkan dan ia telah kehilangan ketulenan serta keasliannya.

Beliau mengatakan bahawa seorang seniman harus diberi peluang untuk berkongsi pengetahuan dan menyebarkan kepakarannya kepada masyarakat supaya seni itu terus berkembang.