Rumah terbuka Najib di Seri Perdana hari pertama Hari Raya

Rumah terbuka Najib di Seri Perdana hari pertama Hari Raya

Perdana Menteri Najib Razak dan ahli Jemaah Menteri akan mengadakan rumah terbuka pada Hari Raya pertama di kediaman rasmi beliau di Seri Perdana, Putrajaya.

Perdana Menteri Najib Razak dan ahli Jemaah Menteri akan mengadakan rumah terbuka pada Hari Raya pertama di kediaman rasmi beliau di Seri Perdana, Putrajaya.

Rumah Terbuka itu adalah dari tengah hari hingga 6 petang, menurut satu kenyataan Pejabat Perdana Menteri hari ini.

Bagi memastikan kelancaran trafik di kawasan Seri Perdana, orang ramaiĀ  diminta supaya menggunakan perkhidmatan bas Nadi Putra yang disediakan secara percuma.

Sebanyak 12 buah bas akan beroperasi dari 11 pagi hingga 7.30 malam dari empat lokasi iaitu Putrajaya Sentral, Park & Ride Presint 1, Masjid Putra dan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, dengan kekerapan bas selang 15 minit setiap satu.

See also  Joybean Malaysia introduces four new 100g potato chips

Najib, yang juga Anggota Parlimen Pekan, akan juga mengadakan rumah terbuka di Taman Tasik Sultan Abu Bakar, Pekan, pada 18 Sept dari 10 pagi hingga 2 petang.

– Bernama