Cabaran hidup seorang operator permainan pantai

PULAU PINANG – Seorang operator sukan air, Rosaidi, menceritakan pahit maung bidang yang diceburinya.

Operator permainan pantai Tanjung Bunga, Rosaidi, telah menghadapi pelbagai cabaran dalam bidang yang diceburinya.

Perniagaannya adalah mengikut musim pelancongan seperti musim pelancong Arab, musim cuti sekolah dan musim perayaan.

Jika pelancong dari luar kurang, pelancong tempatan akan menjadi pelanggan beliau.

Rosaidi berkongsi pengalaman beliau mengenai satu insiden yang pahit yang telah berlaku di pantai Batu Feringghi pada 4 tahun yang lalu.

Beliau telah bergaduh dengan seorang pelancong Arab sehingga pelancong itu meludahnya, dan beliau telah meludah balik.

Beliau terpaksa mempertahankan dirinya kerana pelancong tersebut mula menyerangnya.

Rosaidi meminta bantuan polis tetapi malangnya Rosadi telah digari dan ditahan.

Insiden ini memberi satu teladan kepadanya kerana Rosaidi ingin membantu pelancong tersebut, sebaliknya dia yang menjadi mangsa keadaan.

See also  Langkawi International Airport receives prestigious ACI Award

Oleh itu, Rosaidi kini khuatir untuk membantu sesiapa sahaja.

Cabaran yang dihadapinya ialah dari segi harga.

Pesaing-pesaingnya suka menawarkan harga mengikut kehendak pelancong.

Rosaidi mengatakan bahawa jika musim tengkujuh perniagaanya akan menjadi malap.

Walaubagaimanapun, Rosaidi terus bersaing dan berjuang untuk menjayakan bidang yang menceburinya.

Sathis Kumar