Kaunter Perkeso tutup pada 27 Ogos dan 3 September

Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) akan menutup kaunter perkhidmatannya pada Sabtu ini dan 3 Sept depan.

Kaunter akan dibuka semula mulai Sabtu berikutnya (10 Sept), demikian menurut kenyataan Perkeso, hari ini.

Kata kenyataan itu buat masa ini kaunter perkhidmatan hari Sabtu dibuka di lapan Pejabat Perkeso iaitu di ibu pejabat di Jalan Ampang serta di Kuala Lumpur, Petaling Jaya, Ipoh, Seremban, Johor Baharu dan Klang.

Menurut kenyataan itu juga memandangkan Hari Bertemu Pelanggan Perkeso pada Khamis pertama bulan September jatuh pada hari cuti umum iaitu 1 Sept, maka ia akan diadakan pada hari Khamis kedua iaitu pada 8 Sept.

Katanya Hari Bertemu Pelanggan yang diadakan di semua pejabat Perkeso pada hari Khamis pertama setiap bulan bertujuan memberi peluang kepada pelanggan Perkeso seperti majikan, pekerja dan orang awam untuk berjumpa terus dengan pengurusan atasan bagi menguruskan sebarang permasalahan.

Maklumat lanjut boleh diperoleh melalui talian hotline Perkeso 03-4257 5755 atau laman sesawang www.perkeso.gov.my.

– Bernama