36 anak kakitangan MPK cemerlang pelajaran diraikan

36 anak kakitangan MPK cemerlang pelajaran diraikan

Skim itu juga bertujuan memberi pengiktirafan dan galakan kepada pelajar khususnya di kalangan anak kakitangan untuk lebih cemerlang pada masa akan datang, ujar Pengarah khidmat pengurusan MPK, Zaireezal Ahmad Zainuddin.

Seramai 36 anak kakitangan Majlis Perbandaran Klang (MPK) yang cemerlang dalam peperiksaan diraikan dalam Majlis Penyampaian Skim Ransangan Pendidikan baru-baru ini.

Pengarah Khidmat Pengurusan, Zaireezal Ahmad Zainuddin berkata skim berkenaan berupa cek bernilai RM15O untuk pelajar Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR), RM250 Penilaian Menengah Rendah (PMR), RM350 Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), RM450 untuk matrikulasi dan diploma serta RM650 untuk ijazah.

Menurutnya, skim itu juga bertujuan memberi pengiktirafan dan galakan kepada pelajar khususnya di kalangan anak kakitangan untuk lebih cemerlang pada masa akan datang.

“Syarat untuk Skim Peransang Pendidikan sekurang-kurangnya mesti memperolehi 5A dalam UPSR, 6A dalam PMR dan SPM serta CGPA 3.5 ke atas untuk sijil, Matrikulasi dan Diploma selain CGPA 3.3 untuk Ijazah.

“Lebih membanggakan, tahun ini menunjukkan peningkatan apabila 36 anak kakitangan yang menerimanya dan turut mendapat reaksi positif daripada ibu bapa yang terlibat,” katanya.

Zaireezal berkata, pada masa yang sama,skim ransangan itu juga menjadi motivasi untuk mereka mengekalkan kecemerlangan seterusnya memberi kejayaan pada masa akan datang.

Pada majlis itu, turut disampaikan sumbangan kepada seorang kakitangan, M.Amudha yang ditimpa musibah apabila rumahnya terbakar dalam satu kejadian baru-baru ini.

Hadir sama ahli majlis , P.Sundarajoo ,Winston Phua, ketua-ketua jabatan, ibu bapa dan tetamu jemputan yang lain.