Kembara@backpacker: Tips keselamatan untuk wanita

Kembara@backpacker: Tips keselamatan untuk wanita

Percaya pada naluri anda. Jika anda mempunyai keraguan ketika hendak masuk ke dalam kereta seseorang kerana ada janji temu untuk minum-minum di luar, jangan pergi!

Percaya pada naluri anda. Jika anda mempunyai keraguan ketika hendak masuk ke dalam kereta seseorang kerana ada janji temu untuk minum-minum di luar, jangan pergi!

Bahkan jangan pula merasa bersalah jika anda tidak muncul pada pertemuan yang telah diaturkan sebelumnya jika anda berubah fikiran.

Pakai pakain yang menghormati adat dan budaya penduduk tempatan. Ia mungkin kelihatan kuno, tapi anda mahu pilih prinsip atau pilih keselamatan?

Pilihlah skirt panjang dari yang pendek, seluar panjang dari yang pendek, atau berlengan panjang dari yang pendek.

Jangan terlalu mendedahkan tubuh badan anda dan yang penting pakailah pakaian yang selesa.

Anda akan dapati betapa untungnya jika memakai cincin perkahwinan, walau pun anda belum berkahwin.

Atau membawa gambar teman lelaki yang mempunyai wajah menakutkan, walau pun anda belum mempunyai teman lelaki.

See also  Langkawi International Airport receives prestigious ACI Award

Berjalan dengan yakin dan elakkan dari pertembungan mata dengan orang asing. Penggunaan kaca mata boleh dijadikan sebagai taktik mencegah perkara itu daripada berlaku.

Bawa buku atau majalah ketika anda mahu ke kedai makan atau restoran untuk mengelak pertembungan mata dengan lelaki asing yang akan memerhatikan anda. Ya, selalunya begitu!

Cuba merancang ketibaan anda di bandar-bandar besar sebelum hari gelap. Rancang perjalanan pada hari siang sahaja.

Bawa senjata seperti penyembur lada (pepper spray) dan elakkan dari membawa barang-barang berharga.

Bawa juga lampu suluh kecil bersama anda kerana ia sangat berguna jika anda menyusuri jalan atau lorong yang agak gelap.

Waspada dengan sekeliling anda. Dengan cara itu anda akan tahu ke mana anda harus tuju jika terdapat sebarang masalah.

See also  AirAsia resumes Vientiane route, connects all Asean nations

Jika anda diikuti, berjalanlah menuju ke mana-mana hotel atau kedai dan minta pertolongan di situ.

Berhati-hati supaya anda tidak mendedahkan kepada sesiapa di mana tempat anda tinggal (hotel, rumah tumpangan, homestay). Kunci bilik anda apabila anda berada di dalamnya.

Ketika berada di hotel, periksa dengan kaunter hotel jika bilik anda didatangi tetamu (pintu diketuk).

Jika terjadi gangguan seksual di dalam pengangkutan awam yang anda naiki, jerit sekuat hati untuk menarik perhatian dan meminta tolong.

Jangan menyekat keghairahan anda untuk bertemu dengan orang-orang baru.

Buat kawan dengan perempuan tempatan atau mana-mana keluarga. Dari situ anda akan dapat mempelajari adat dan budaya mereka yang berbeza.

Selalunya mereka akan memberi nasihat dan panduan tentang tempat-tempat menarik yang boleh dikunjungi oleh pengembara wanita solo seperti anda.